Atas nama perkahwinan
Adalah ikatan dua jiwa
bermula pada nawaitu suci
berlandaskan kasih yang murni
berputik pada asas kerukunan
demi kebahagian yang abadi.
Atas nama keyakinan
terpahat di bahu kalian
suatu janji abadi
pasti akan kamu harungi
suatu kewajipan yang luhur
berdiri atas nama kewajipan
hiasi dengan penuh tabah
dengan penuh gagah
kerana dijiwa kamu berdua
terpahat suatu harapan dan amanah
angkatlah dengan gagah dan yakin
hiasilah dengan sempurna dan nikmat
hiasilah dengan penuh kecerian dan kecantikan
semoga kamu melewati batas ketenangan rohani
Beriman dan penuh aman nurani
"Selamat Pengantin baru semoga jodoh berkekalan
bahagia berpanjangan, dirahmati dan diberkati Tuhan"
....jm.......12/2/12....11.54 mlm
No comments:
Post a Comment