Semalam kau datang lagi,
Bersama pejuang-pejuangmu,
Untuk apa?,
Untuk siapa?,
Sudah ada bapa Kemerdekaan..
Sudah ada Bapa Pembangunan..
Sudah ada Bapa Perpaduan..
Apa lagi seterusnya?..
Bicara janji dulu..sudah banyak ditabur..
Sejarah silam masih dalam ingatan...
Air mata kasih untuk apa ertinya...
Sesungguhnya bukan kecil langkah wira bangsa..
Apakah kemerdekaan masih belum digapai?..
Apakah tugas masih belum selesai?
Atau mungkin sejarah silam tiada maknanya...
Atau mungkin bangsa tercinta terpinggir...
Atau mungkin dipersenda dan dilenyapkan..
Atau mungkin bangsa ini masih dijajah...
Atau mungkin bangsa ini dihina kemuliaan...
Atau.... apa erti kemerdekaan kalau mewahnya dirakus kikis..
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsa ini terbantut..
Kehadiranmu....
Bukan kecil tugasmu..
asalkan langkah itu yakin dan cermat
Teruskan bagi memastikan
Kemerdekaaan dan bangsa terpelihara....
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsa ini masih melata
dan meminta-minta di negeri sendiri
Bukan kecil tugas kamu
Alam usang ini masih menagih...
Bukan kecil jiwa dan hati mereka.
Sejak zaman berzaman
mereka menjadi petani, pelaut dan pengembara..
Pun menjadi pelarian ditempat sendiri...
Erti takut dan kematian jauh sekali.
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati....
Pemimpin datang dan pergi...
Corak ragam silih berganti...
Hari ini, jalan ini pasti jauh...
kerana masa depan penuh cabaran....
menjanjikan bulan dan bintang....
Teruskan perjuangan....
Perjuangan yang belum selesai..
Jangan pandang belakang..
Cekal dan tabah akan membuahkan harapan,
membina mercu perjuangan
membina mercu perjuangan
Bangsa yang berjaya....
...jm.......sekadar pandangan bebas...... 28/1/2012
No comments:
Post a Comment