Saturday, 1 November 2014

SEJENAK DIPANTAI


Tadi petang...
Tercegat aku merenung diselat sana
Mentari terbenam pada saatnya tiba
Berlari kecil si anak watan
Ombak beralun menyanyi lagu laut

Sejenak....
Berligar pusaran dinding-dinding risau
Jiwa serasa merintih
Melewati perjalanan yang tiada henti
Terhinjut-hinjut meronta di kepedihan kudrat
Jiwa murni ini seakan terbujur kaku
Seolah raga ini tumpas lingkup
Si anak kecil bebas menghabis
Rata tepian laut ditaburi riang
Tiada reti bermimpi sesal
Aku yang masih diatas anjung kuning
Memiliki sejuta kerisauan mendatang
Bukan untuk kekasih hati...
Juga rindu pada kemewahan
Sukma ini berbalut barisan luka pedih

Seketika...
Aku mendongak langit mendung
Sesekali menarik nafas sesal
Pada barisan penegak tak bererti
Penjadi petualang dikaki sang janin
Yang ku lewati panjang
Tapi bukan bererti aku terusan begini
Revolusi ini tak boleh berhenti
Dimana kaki dipijak
Tetiba gerimis tak ku sedari..
Aku beralih tempat...
Api dijiwa yang membara
Lantas tersambung dalam kesejukan
Sanubari masih meminta harapan
Lantas memberi semangat senyuman penuh makna
Dinding-dinding jiwa ini
Mengharap ada suria terang
Baginya tiada yang patut disesali
Pasti akan terbela...
Tiada titik noktah terakhir
Tanpa kerisau melanda
Kerana ini pusaka temurun.


No comments:

Post a Comment