Monday, 18 June 2012

Menghadiri Majlis Perkahwinan


Cuaca panas dan kering.  Tanggal 16/6/12 yang lalu aku bertolak kira-kira jam 4.00 petang untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang kakitangan aku di bahagian pengurusan Rumah Sakit. Aku bersama keluarga menaiki kereta yang aku beli tahun lalu.  Kereta buatan Malaysia. 

Jalan menuju kerumah pengantin perempuan memakan masa kira-kira 15 minit melalui jalan berturap dan berdebu apabila tiba dikawasan ladang kelapa sawit milik Sawit Kinabalu.  Sesampainya kami ditempat majlis perkahwinan kami disambut dengan penuh hormat oleh keluarga pihak pengantin perempuan.  Memang sudah ramai jemputan yang hadir dimajlis tersebut.  Oleh kerana hawa panas kelihatan manik manik peluh sudah mula berjatuhan dari dahiku.  Baju yang ku pakai sudah mula kelihatan basah.  Masa itu kedua-dua mempelai sedang duduk diatas pelamin dengan orang ramai dan sanak saudara yang lain sedang bergambar /mengambil gambar bersama pengantin.  

Kami terus sahaja diajak ke meja jamuan yang memang sudah tersedia.  Tanpa berlengah lengah lagi kami duduk sambil menikmati juadah yang sedia terhidang.  Selesai sahaja menikmati juadah yang dihidangkan,  tiba-tiba pengacara majlis menjemput saya untuk mendendangkan lagu samada secara lifeband atau karaoke; atas permintaan tuan rumah.   Aku yang masih dalam kekenyangan dengan perlahan-lahan bangun dan terus ketempat pemuzik.   Tidak ada pentas khas yang dibina, hanya sejadar dibawah rumah sahaja.  Aku sempat mendendangkan dua buah lagu secara lifeband dan karaoke sebagai tidak menghampakan permintaan tuan rumah.  Tepukan gemuruh kedengaran selepas selesai aku mendendangkan lagu walaupun nyanyi tersangkut sangkut..hehehe.

Sempat mendendangkan dua buah lagu.
Menjelang maghrib kami meminta izin kepada bapa pengantin perempuan un tuk beredar dari situ.  Aku sempat bersalaman dengan kedua mempelai sambil mengambil gambar mereka untuk ku simpan dalam album.
Semoga kedua mempelai akan berkekalan hingga ke akhir hayat...Amin.


Pn. Azwin Rasin dan Suami En Salleh Yakub




















No comments:

Post a Comment