Saturday, 30 June 2012

JANJIMU TERANG BULAN

Kata tercetus dari hati
Mulut berbicara luahan hati
kata dikota kata dihati
Kata dikata
janji dijanji
Janji ditepati
lalu minda pun memikir.

Kalau kerbau..
talinya dipegang sebagai janji
bicara janji pasti pada manusia
manis kata dibibir
apa gunanya kalau tidak ditepati.
biar berjanji benar benar janji
jangan dimungkiri
jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga

Apa gunanya berani berjanji
Jika tidak berani tetapi....
aku pernah dimungkiri janji
seseorang yang pernah ku percayai
tetapi tidak faham perasaan orang lain..
biar ku simpan rahsia ini
kerana aku berjanji tidak akan mwemberitahu sesiapa
kata siti biarlah rahsia
ku anggap janjinya
JANJI TERANG BULAN...


...jm....30/6/12

Sunday, 24 June 2012

Cebisan memori usang..

Kau pernah hadir dalam hidupku
kenangan indah yang pernah kita bina bersama
kau yang mengajar aku apa itu erti cinta
rasa cinta pasti ada
pada makhluk yang ada didunia ini
rasa yang terbina dari hati yang murni
searas tinggi gunung kinabalu
disanubariku..
semua yang kita lalui bersama
sangat bererti bagiku
pernah kau bisikan dihati ini
bahawa kau selalu mencintai dan menyayangiku..
yang lahir dari bibir mesramu.

Tapi itu semua sudah tidak bererti lagi...
kenapa....
aku tidak pernah menyakiti hatimu
aku hanya mau selingkar kasih
yang tulus lahir dari hatimu
dikala  hati ini terlanjur
dalam mencintaimu...
aku bagai hilang tak keruan
aku tidak bisa...dan tidak bisa..
aku tidak tahu bagaimana merubah hati ini
yang berkecai rapuh...
kau mungkin tidak pernah terfikir
atau kau sengaja ingin aku seperti ini..
kau kejam...membiarkan aku memapah penderitaan ini
kau bahagia atas penderitaan orang lain
bersama cebisan luka yang pedih
untuk aku rasakan..

Kalau dulu ku anggap kaulah intan permata
berlian berkilau sinar membara
dulu ungkapan kata manismu
bermain dijiwamu...
rupanya duri sembilang berbisa
yang telah membuat aku terseksa
yang aku sendiri tidak pernah terfikir.

Kau kasih terindahku
dan terakhir....
biar mati hidupku
tanpa ada penyesalan dihati
jangan kau dekati aku lagi..\
pergilah...aku merelakan kepergianmu
mungkin aku bukan yang terindah buatmu..
memori indah itu pancaroba dalam hidupku
biar ku tahu..
bahawa cinta itu tidak semestinya memiliki
apapun....
buatmu ku ucapkan jutaan terimakasih..
kerana banyak mengajar aku
dalam mengenal erti cinta dan kasih sayang..
ku doakan semoga kau gembira dan berbahagia
diatas penderitaan ku
semoga berbahagia selalu....sekian.


...jm...1.50pm   24/6/12




Selamat tinggal pujaan terindahku..

Gelap gulita...
tanpa bulan...
tanpa bintang...
duduk aku dianjung sana..
sepi dalam mengenangmu
senyum silam menambat seharianku
namun kini semua bagaikan bebayang malam
gurau senda antara kita
sudah tidak kurasakan
dulu kau selalu dihatiku
selalu bermain dimataku
semuanya bagai dalam mimpi
Sayang...
aku selalu berdoa
agar kau tenang didalam sana..
aku tidak bisa lagi mengembalikan saat itu
kasihmu akan ku bawa bersama
bila aku bersama kau disana nanti..
maafkan aku...semakin jauh
selamat tinggal pujaan terindahku


...jm...24/6/12



Saturday, 23 June 2012

Buat yang terakhir

Kau bohongi aku..
kau khianati aku....
mengapa begitu mudah kau leburkan kenangan itu
terucap si sms mu "buat yang terakhir"....
masih terngiang ngiang ditelingaku
masih tajam dimataku..
seperti aku hilang arah
seperti sibuta berjalan tak bertongkat.

Aku tidak bisa melupakanmu
dimana aku harus berteduh
dimana aku harus meletakkan diri ini                                                     

apabila bertemu dengan mu nanti....
aku pasti antara kita sudah lenyap didunia ini
janji dan impian yang kita bina berkubur tak bernisan
masa-masa indah antara kau dan aku
semakin menjadi sangat menyakitkan....

Aku juga tidak tau
kenapa begitu senang kau berubah hati
atau alasan...
sememang aku disini..
sekadar mencari rezeki yang halal..
berilah aku kesempatan..
untuk meneruskan cerita ini
jangan kau putuskan jalinan cinta kita...
sampai saat ini pun
kau masih membisu.....apa sebenar salahku
berkali SMS ku hantar....namun kecewa
sehingga aku tidak bisa melelapkan mata ini
jiwa ku terseksa...

Harapan mengunung yang kuharapkan
kau kuburkan begitu saja..
semua janji suciku
sudah ku serahkan untuk mu...
kekadang hati ini terlalu mengharap belaian cinta mu
aku bingung.......memikirkan semua yang terjadi..
atau mungkin inilah suratan yang ku terima..

Pedih terasa pedih..
cukup menyeksakan..
apalagi aku yang diperantauan..
tabah mengharungi situasi genting sebegini
masih adakah hari yang harusku lalui..
atau inikah akhirnya
aku seakan sudah hilang keyakinan
hilang kepercayaan kepada kaum Adam...
kecewa dan putus asa                                                                        

sudah hilang pedoman..
berakhirnya sebuah impian..
mau saja ku tinggalkan dunia ini... ( aku menangis )


...jm....10.40mlm 23/6/12

Cuti-cuti Malaysia

R & R Dengkil Selangor.
Terminal 2 Air Asia Kota Kinabalu
Kereta milik anak sulong
Sebelum penerbangan
Salah satu gedung membeli belah di Klang Selangor
Anak-anak dengan posing masing-masing
Zoo Melaka
Zoo Melaka
Anak-anak dengan aksi masing-masing
Diluar Zoo Melaka
Pis.....
Yang mana kakak
Kediaman anak sulong di Muar, Johor.

Monday, 18 June 2012

Nyah kau...

Mengapa disaat begini
kau datang bagai halilintar
wahai derita...
nyah kau....
aduhh!!..hanya aku yang merasa
sakit bagai dihiris sembilu
jangan kau ulangi
kisah 22/12/10...
ilham berantakan
hilang bersama ....
nyah kau...
agar aku bisa melihat mentari esok
kalau esok masih ada...

...jm...12.55mlm 16/6/12

Ketika sepi

Keheningan malam
tanpa bulan tanpa bintang
seluruh alam mula rebah
salakan anjing melayang diangkasa
melewati batas batas waktu
angin sepoi mulai berhembus
mengirim lagu diangin lalu
menanti sinar bulan gemerlapan
sejuk...tenang...damai..ku rasakan
namun saat ini
mata ini masih gagah
untuk tidak terlelap
kesejukan dan kedamaian.


...jm....12.25mlm 16/6/12

Sampai disini

Hati berkata kata
Mengingat keindahanmu
walau hanya secebis masa
aku ingin bersyair lagi
tentang hati yang punah
ku tak tahu..
apakah ini cerita indah
sampai disini......melayang......
.
.
.
.......????zzzzzzzzzz

..jm...12.40mlm 16/6/12

Menghadiri Majlis Perkahwinan


Cuaca panas dan kering.  Tanggal 16/6/12 yang lalu aku bertolak kira-kira jam 4.00 petang untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang kakitangan aku di bahagian pengurusan Rumah Sakit. Aku bersama keluarga menaiki kereta yang aku beli tahun lalu.  Kereta buatan Malaysia. 

Jalan menuju kerumah pengantin perempuan memakan masa kira-kira 15 minit melalui jalan berturap dan berdebu apabila tiba dikawasan ladang kelapa sawit milik Sawit Kinabalu.  Sesampainya kami ditempat majlis perkahwinan kami disambut dengan penuh hormat oleh keluarga pihak pengantin perempuan.  Memang sudah ramai jemputan yang hadir dimajlis tersebut.  Oleh kerana hawa panas kelihatan manik manik peluh sudah mula berjatuhan dari dahiku.  Baju yang ku pakai sudah mula kelihatan basah.  Masa itu kedua-dua mempelai sedang duduk diatas pelamin dengan orang ramai dan sanak saudara yang lain sedang bergambar /mengambil gambar bersama pengantin.  

Kami terus sahaja diajak ke meja jamuan yang memang sudah tersedia.  Tanpa berlengah lengah lagi kami duduk sambil menikmati juadah yang sedia terhidang.  Selesai sahaja menikmati juadah yang dihidangkan,  tiba-tiba pengacara majlis menjemput saya untuk mendendangkan lagu samada secara lifeband atau karaoke; atas permintaan tuan rumah.   Aku yang masih dalam kekenyangan dengan perlahan-lahan bangun dan terus ketempat pemuzik.   Tidak ada pentas khas yang dibina, hanya sejadar dibawah rumah sahaja.  Aku sempat mendendangkan dua buah lagu secara lifeband dan karaoke sebagai tidak menghampakan permintaan tuan rumah.  Tepukan gemuruh kedengaran selepas selesai aku mendendangkan lagu walaupun nyanyi tersangkut sangkut..hehehe.

Sempat mendendangkan dua buah lagu.
Menjelang maghrib kami meminta izin kepada bapa pengantin perempuan un tuk beredar dari situ.  Aku sempat bersalaman dengan kedua mempelai sambil mengambil gambar mereka untuk ku simpan dalam album.
Semoga kedua mempelai akan berkekalan hingga ke akhir hayat...Amin.


Pn. Azwin Rasin dan Suami En Salleh Yakub




















Sunday, 17 June 2012

Kaabah : Fakta Yang Jarang Diketahui


بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

.
Maklumat yang jarang kita ketahui berkaitan Kaabah
.
1. Makkah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi. Maka doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya.

6. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

7. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

8. Teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.

9. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

10. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersolat di Masjidil Haram walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

11. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

12. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

13. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah SWT telah tentukan hukumnya begitu.

14. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Makkah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

15. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

16. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itulah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

17. Selepas selesai semua itu barulah dibenarkan bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.

Hari Bapa Disambut

‘Hari Bapa’ adalah satu hari yang dikhaskan kepada semua bapa, ayah, abah, walid, wahid, abi, apak, bapak, father, daddy dan papa di seluruh dunia. Hari Bapa telah bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut hari khas kebapaan dan bagi memberi perhatian, penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Tanpa Adam siapalah Hawa dan begitu juga sebaliknya, kedua-duanya saling melengkapi. Bertuahlah bagi sesiapa yang telah menjadi bapa kerana anda telah diberikan satu hari untuk diiktiraf.
.

Sejarah ‘Hari Bapa’

Idea sambutan hari bapa dicetuskan oleh Sonora Dodd, seorang wanita kelahiran Arkansas, Amerika Syarikat pada tahun 1910. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil di Spokane, Washington. Sambutan Hari bapa yang pertama juga diadakan di situ pada 19hb. Jun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart bapa tunggal tersebut.
.
‘Hari Bapa’ atau ‘Father’s Day’ disambut pada tarikh yang berbeza di seluruh dunia. Di Malaysia dan 88 negara lain, ianya disambut pada hari Ahad minggu ke tiga bulan Jun setiap tahun. Meskipun begitu perayaan ‘Hari Bapa’ di Malaysia tidaklah semeriah dan sepopular sambutan Hari Ibu, malahan sering kali kehadirannya dilupakan dan tidak disedari pun oleh khalayak ramai.
..

Derhaka

.Islam mengangkat darjat ibu bapa dengan begitu tinggi sekali, setiap hari mereka perlu dihormati, sentiasa dengan tersenyum, berdoa dan tidak meninggikan suara pada Ibu dan bapa.
.
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas ra berkata: Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia taat dan baik pada keduanya melainkan Allah SWT membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah SWT redha padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat redha dari keduanya. Ditanya: Walaupun orang tua itu zalim? Jawabnya: Walaupun zalim. Dan di dalam hadis marfu‘ ada tambahan: dan tiada pagi-pagi ia derhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah SWT bukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu.”
.
Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.
.
Abi Bakrah radhiallahu ‘anh berkata, Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”
Mereka (para sahabat) menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah!”
Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.”
.
Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Seorang datang kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Saya ingin berjihad (perang fisabilillah).” Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallambertanya: Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Jawabnya: Ya, kedua-duanya.” Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Di dalam melayani keduanya harus berjihad.”
.
Hadis ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada orang tua itu lebih besar daripada jihad fisabilillah, sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua dan berjihad. Kerana itu maka seseorang tidak boleh keluar untuk tujuan jihad jika tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya selama panggilan jihad itu tidak umum, maka tetap taat kepada orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah.
..

Tanggungjawab

.Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: “Saya tanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Ya Rasulullah, siapakah harus saya taat?” Jawab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Ibumu.” Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Ibumu.” Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Ibumu. Kemudian siapa?” tanya saya lagi.  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bapamu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat.”
.
Pihak bapa janganlah berkecil hati. Tahukah mengapa ibu diberi tiga kali keutamaan melebihi ketaatan kepada bapa? Ini adalah disebabkan keistimewaan dan fitrah dimiliki kaum ibu yang tidak dimiliki oleh si bapa dalam tugasan mengandung, melahirkan dan menyusukan anak.
.
Bapa juga berat tanggungjawabnya kerana memikul tanggung jawab di dunia atas segala kehidupan anak dan isterinya, dan lihatlah betapa besar tanggungjawab akhirat bapa atas mendidik anak dan isteri. Selain semua itu bapa juga adalah tulang belakang, sandaran, dan pelindung dalam sebuah rumah tangga.
..

Menghormati

.Hari Bapa adalah hari untuk menghormati bapa. Kebiasaannya Hari Bapa dirayakan dengan pemberian hadiah kepada bapa dan melakukan kegiatan kekeluargaan. Meraikan bapa tidak sewajarnya dilakukan cuma pada satu hari itu sahaja kerana kasih sayang mahu pun kebajikan bapa hendaklah dipelihara berterusan sepanjang tahun iaitu perlu juga dikasihi pada 364 hari yang lain.
Mahu memberikan hadiah tanda kasih, tiap-tiap bulan pun boleh atau jika dengan hanya bertanya khabar, itu sudah lebih dari cukup untuk menghiburkan buat ibu dan bapa. Indahnya dunia jika ikut Islam . Kalau ibu dihormati dan miliki keistimewaan ‘Syurga di bawah kaki Ibu’, tetapi bapa adalah lebih lagi dengan Surganya Ibu di bawah tapak kaki bapa (suami)’.
.
Sesiapa yang sudah berkahwin, jangan lupa ‘Bapa Mentua’ tarafnya pun sama dengan bapa kita juga. Sekiranya masih mempunyai bapa, sayangilah bapa selagi ia masih ada, lawatilah dan hubungilah dia. Kesempatan berkumpul itu bolehlah dilakukan solat berjemaah di rumah atau bersama-sama ke masjid. Seandainya tinggal bersendirian, carikanlah jodoh dan penemannya agar kehidupan beliau sentiasa tenteram dan bahagia di hujung usia.
.
Jika bapa sudah tiada di dunia ini, sedekahkanlah pahala bacaan Al-Quran dan amal soleh untuknya. Mereka pasti sentiasa mengharapkan anak, cucu, cicit dan seluruh keturunan beramal soleh dan mendoakan mereka. Santuni dan jalinkanlah tali silaturahim dengan rakan-rakan lamanya dan anggap mereka seperti bapa sendiri.
.
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jangan memutus hubungan pada orang yang dahulu kawan baik pada orang tuamu, nescaya akan padam nur cahayamu.”

Seorang dari suku Bani Saliman datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada jalan untuk berbakti pada keduanya sesudah mati itu?”

Jawab Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam: “Ya, membaca istighfar untuk keduanya dan melaksanakan wasiat keduanya dan menghormati sahabat-sahabat keduanya dan menghubungi keluarga dari keduanya.”
.
17:24

Firman Allah SWT :
Maksudnya: Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”  (Surah al-Israa’:24)
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

ÙˆَالسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒَÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهُ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡

.
Posted by; shafiqolbu

Amalan Dan Iktibar Peristiwa Israk Dan Mikraj


Bulan Rejab merupakan bulan Allah yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya. Pintu rahmat terbuka luas untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas yang perlu dikerjakan dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Malam 27 Rejab

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Amalan Malam Rejab

  1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
  2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
  3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
  4. Berdoa.
  5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
  6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

Banyak lagi ganjaran yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.
Sayyidatina Aishah berkata bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Mereka tetap kenyang tanpa berasa lapar dan tidak pula haus.”


Peristiwa Penting

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:
  1. Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
  3. Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
  4. Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
  5. Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”    (Surah Al Israa’: 1)

Iktibar Daripada Kisah Israk Dan Mikraj

Ketika Rasulullah SAW diisrakkan pada malam itu, baginda terlebih dulu mengalami pembedahan dada, dilakukan Malaikat Jibril dengan mengeluarkan segala kotoran dan diisi dengan iman dan hikmah, kemudian dibersihkan hati baginda dengan air zamzam dan dicantumkan semula.
Rasulullah SAW dibawa ke Baitulmaqdis dan di Masjidil Aqsa, Rasulullah SAW mengerjakan solat sebelum Jibril menghidangkan dua jenis minuman kepada baginda. Lantas baginda memilih susu.
Jibril berkata: “Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau.”

Beberapa tanda kebesaran diperlihatkan kepada Rasulullah SAW ketika Israk, antaranya ialah baginda melihat orang yang sedang memotong padi dan selepas tiap potongan, pokok padi itu tumbuh lagi dan demikian seterusnya tanpa henti.
Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril: “Siapakah gerangan itu?” Jibril menjawab: “Itulah contohnya umatmu yang suka bersedekah, maka harta yang disedekahkah itu tidak hilang bahkan kian bertambah di sisi Tuhan yang diterima oleh umatmu yang rajin beramal di kemudian hari dengan berlipat ganda.”

Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan sembahyang, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”

Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi dari langit ketujuh itu. Di tempat mulia itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitu mengerjakan solat.
Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalam tetapi selepas soal jawab bersama Nabi Musa as, akhirnya mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan lima waktu solat saja.
Selepas perintah solat itu, Rasulullah SAW kembali ke dunia dan tiba di Makkah ketika Subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik ke langit dan lebih tinggi dari itu sebelum menerima perintah solat.

Diikuti pula pertemuan dengan Rasul terutama bersoal jawab dengan Nabi Musa as, menyaksikan keanehan Sidratul-Muntaha, melihat keindahan syurga dan sebagainya, terus kembali ke alam dunia hingga ke Makkah dengan perjalanan yang singkat.
Sesungguhnya, mukjizat Israk dan Mikraj memperlihatkan kekuasaan Allah SWT. Segala peristiwa tercatat seharusnya lebih menguatkan keimanan dan keyakinan manusia terhadap Allah SWT.

Artikel oleh; shafiqilbu

Tuesday, 12 June 2012

Fenomena awan luarbiasa yang berlaku di sekitar Kota Kinabalu Sabah pada pagi 12/6/2012





Senyum mu.

Engkau senyum..
bilaku dalam duka
mahu ku halau gundah ini
engkau tetap senyum
bilaku dalam pilu
bila ku benamkan derita ini
bila terbayang senyummu
bila indahmu menyinar
dan hatimu menerangi
aku tetap dalam sengsara
izinkan aku melihat senyummu
biar dunia ini tahu
bahawa aku bahagia
dalam khusuk tidurku
Amin...

....jm...12.10am 12/6/12

Monday, 11 June 2012

Duka dan derita.

Mengapa aku....
mengapa bukan mereka
atau aku memang sudah ditakdirkan begini
duka derita yang ku alami
hanya aku saja yang tahu
atau Tuhan lagi maha mengetahui
aku tidak sanggup lagi menanggung semua ini
empat dekad purnama...
bukan suatu yang singkat
selama itu aku pasrah menanggung
sengsara tanpa sesaat terhenti
untuk terlena sejenak

Teman ku sekalian
juga pada keluarga yang ada
lurah kehidupan ini tak seindah terasa
hati menerangi bahagia
tanpa cerita indah
mungkin duka derita ini selama
sampai penghujung senja..
maaf kalau aku tidak sempat
kerana ia datang lagi
siapa dapat membantu
Oh!!...Tuhan......
mohon maaf seandainya
aku tidak dapat melanjutkan luahan ini
kerana duka derita itu datang lagi..
aduhhh....sampai bila?


...jm...11.40mlm 11/6/2012

Sunday, 10 June 2012

Maafkan lah.


Ku buka bicara hati
biar jelas padamu
untuk meyakini
bukan suatu yang mudah
Apa lagi untuk memaafkan
apa pun biar jemari ini belayar menuju cita
biar lontaran kata ku jumudkan disini
Dalam tatapan jiwaku
kulepaskan jeritan hati pilu
untukmu merasakan bahawa
keyakinanku terhadapmu tiada batas rindu
untuk itu....
walau aku tidak mendengar
senandung maaf dari bibirmu
jauh dari dasar hati ini
aku pasti kau dapat memaafkan aku
untuk aku mengusirkan kebekuan disenjaku
dan lebih prodaktif dalam berkarya
mungkin berat rasa untuk memaafkan
gerimis yang tak diundang ini
untuk kali ini....
layangkanlah kata maaf
walau bisikan kalbu tidak kedengaran


....jm....10/6/12

Saturday, 9 June 2012

Sana Sini

Gambar diambil di daerah Tambunan,  Sabah
Gambar diambil di daerah Tambunan,  Sabah
Ketam berkulit siput

Tuesday, 5 June 2012

Nikmat mata syaitan..

Dikejauhan begini
walau malap mata ini
aku yang bermata empat
dapat lihat dengan jelas
dapat menikmati keindahanmu
kulitmu yang putih gebuh
melepak bagai telur yang dikupas
siapa memandang pasti.......
Tolonglah....kancingkan dua biji butang bajumu
jangan kau tonjolkan bukit dadamu
pasti tumpu mata syaitan disitu
kalau tidak,... coretan ini....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..........
.akan bertambah panjang ..hehehe.


...jm...5.20pm

 





Aku, Kau Dan....?

Siapa yang tahu
tapi tak ingat
tak dengar
adakah benci
tidak juga melihat
Walau ada rasa
tapi belum mampu
kerana lemah
masih ada cinta
manusia tahu
manusia masih ingat
manusia pasti dengar
manusia saling benci
manusia melihat
manusia merasa
manusia mampu
tapi manusia masih ada kelemahan
walau ada rasa cinta
aku tahu
kau juga tahu
aku ingat
kau juga ingat
aku dengar
kau juga dengar
aku benci
kau juga mungkin benci
aku dapat melihat
kau juga melihat
aku dapat merasa
kau juga merasa
aku rasa mampu
kau juga mampu
adakah aku lemah
adakah kau juga lemah
atau masih saling menyintai
para pencipta imajinasi
pada sebuah ilusi
kita adalah sama.


...jm...5/6/12

Cahayaku,..kau.

Duduk sunyi begini
kedamaian kemuliaan mendalam
kutatap dinding bilik
jiwa tenang aman
hati tenteram
goresan luka yang rekah
terubat mesra.

Diluar cahaya mentari menyinar indah
langit biru mampu tersenyum
menaruh harapan terpendam
walau sekecil hati kuman
cebisan rindu masih tersimpan
meski aku tidak bisa menolak
juga tidak kuasa ku simpan sendiri
hanya ku pinta kau selalu dihatiku
kerana kau...
adalah cahaya..
cahayaku,..kau.


....jm...5/6/12..4.12pm

Penghujung Indah

Siang yang panas
Mentari membadai
bak membakar alam ini
keringat keringat kejatuhan
pada rindu yang membara
lincahmu menghayalkan
gelagat bayangmu mempesonakan
senyum jiwa mengasyikkan
membuih mata yang rapuh
masih adakah rasa kasih
atau rasa sayang terlarang
harapan menggunung diawan
berderai menjadi debu
jangan ada dusta diantara
jiwa ini tidak memulakan
inikah akhir segalanya
coret cinta yang menjerit
apapun antara dunia fantasi
jangan ada yang tersakiti
kerana cinta tak harus memiliki
dan langit tidak selalu cerah
miliki esok hari
genggam seeratnya
kita hanya mampu bermimpi.

...jm....5/6/12

Sunday, 3 June 2012

Tragedi 2003

Sekelip langit terasa rendah
kawanan awan menyelubungi wajah
sejuk terasa mengalir dari celah celah rambut
terdengar suara halus memanggil
aku bangun dari tempat itu
tanpa ada apa apa yang berlaku
pantas berlaku seperti halilintar mengoncang bumi
aku dapat melihat semuanya
dikelilingi puluhan manusia
tapi aku semakin jauh
terasa aman semuanya putih
bagai bayi yang baru dilahirkan
aku semakin jauh
jauh yang belum pasti
Tetiba kilauan cahaya tajam
menusuk menerpa bebola mata
aku dikejutkan
semua terasa berat
sejenak aku tersedar
aku terlantar layu
terasa air mata mengalir
tidak ada sesiapa disisiku
hanya deretan alatan
menjadi teman sisiku
Tuhan masih menyayangi.

...jm...2003








Saturday, 2 June 2012

Tentang Cinta

Terpanggil aku
untuk bicara tentang cinta
aku terpenjara
antara dua persimpangan
antara dua darjat yang belum pasti
tentang cinta kita pada hidup
tentang dua jasad
kau dan aku
mungkin tidak banyak perbezaan
tentang cinta kita pada bait bait puisi
mungkin juga tidak ada perbezaan
aku lelaki
dan kau perempuan
itu yang membezakan antara kita
pada lelaki
berusaha membebaskan diri
demi pilihan
seorang perempuan
bertekad membataskan diri
juga untuk pilihan

....jm....02/6/12..1.10pm