Friday, 28 December 2012

Kesendirian

Dunia malap tanpa mewarnai alam ini
Pun seketika...
Walau gelap menerpa
Tak tersedar....
Manik-manik jernih bercucuran bebas
Peduli apa pada yang lain..
Selagi batin ini bisa berkata
Merantai pada ketubalan..                                                                                                           Semua kesedihan yang melanda
Apakah mereka berani...
Kesendirian yang gelap.
Mampu menegak kota punah
Walau sekuat badai melanda
Tersendiri dalam kesendirian pasti terasa
Dalam indah yang ada..

...jm...2012

Saturday, 13 October 2012

Ketika Hati Menangis


Tuhanku….
ketika hati menangis, hanya kau saja yang tahu

Tuhanku….
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku
PadaMu tempatku menagih kasih
Ketenangan kurasa mendekatiMu
Syahdu malam tak terasa sunyi

Tuhanku….
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cobaan
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar arti kematangan
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan
Pada mereka yang pernah melupakanku

Tuhanku….
Ketika aku buntu
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan
Kau tak biarkan aku sendirian

Tuhanku….
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira
Syukurku melangit pun tak tercapai
Sungguh aku merasa berdosa karena dulu sering lalai
Semoga penyesalanku Kau terima



Buat Calon Suami



Pernikahan atau Perkahwinan,
 Menyingkap tabir rahsia …
 Isteri yang kamu nikahi,
 Tidaklah semulia Khadijah,
 Tidaklah setaqwa Aisyah,
 Pun tidak setabah Fatimah …
 Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
 Yang punya cita-cita, Menjadi solehah …

Pernikahan atau Perkahwinan,
 Mengajar kita kewajiban bersama …
 Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
 Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
 Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
 Isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
 Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya ..
 Saat Isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
 Seketika Isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
 Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhati2lah meluruskannya …

Pernikahan atau Perkahwinan,
 Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa …
 Untuk belajar meniti sabar dan redha,
 Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana,
 Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
 Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
 Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah,
 Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh …

Sebening Air Mata


Air mata..
 Zahirnya titisan bening terbit dari pelupuk mata
 Mengalir kala kolam sepasang mata tiada mampu mengempangnya
 Namun..
 walau hanya titisan air tampak tiada harga
 memberi sejuta makna pada pemilik raga
 Ekspresi gelojak dan rasa di jiwa

Air mata dan tangis…
 Bahasa pertama seorang manusia
 untuk dewasa mencari punca
 apa ingin dikhabar si kecil tercinta
 Inginnya, sakit, lapar,takut, tidak selesa
 tangisan dan air mata menjadi bahasa

Air Mata dan tangis
 Kala sanubari dirangkul gembira..
 Titis itu cermin terharu dan bahagia
 Menggamit insan memandang ikut ceria
 menangis gembira hati bahagia

Air Mata…
 Kala kesakitan tiada terperi
 Titis itulah bercerita pada pemerhati
 walau ulas bibir rapat terkunci
 cukup buat insan mengerti

Air Mata..
 Kala sanubari dihimpit duka
 titis itu teman derita
 meringan beban hati sengsara
 Engkaulah teman kala bahagia dan nestapa

Air Mata..
 Engkaulah teman rafik raga dan sanubari
 Engkau hanya biasa bagi yang tidak mengerti
 hakikatnya engkaulah pembela di akhirat nanti
 jika gugurmu kerana Ilahi

Air Mata..
 Gugurlah engkau kerana takutku pada yang Esa
 Gugurlah engkau kerana takutku pada azab di alam baqa
 Gugurlah engkau kerana takutku pada azab neraka
 Gugurlah engkau kerana takutku menghadapi dahsyatnya akhirat sana

Gugurlah engkau kala keinsafan di atas segala dosa
 Gugurlah engkau kala rasa hinanya diriku di sisi Yang Esa
 Gugurlah engkau kala kumemohon diampun dosa dan alpa
 Gugurlah engkau kala kumemohon taubatku diterima

Gugurlah engkau kala kumemohon petunjukNya
 Gugurlah engkau kala kumemohon bantuanNya
 Gugurlah engkau kala ku memohon mati dalam rahmatNya
 Gugurlah engkau kala kumemohon menghuni syurgaNya

Gugurlah engkau kala kumengharap redhaNya
 Gugurlah engkau kala kumengharap cintaNya
 Gugurlah engkau kala kurindu pada Pencipta
 GUgurlah engkau kala kurindu hampir padaNya
 Gugurlah engkau kala ku rindu pada kekasihNya

Gugurlah engkau kala kusujud pada yang Kuasa
 Gugurlah engkau kala kutadabbur Kalam yang Esa
 Gugurlah engkau kala zikirku pada Yang Kuasa
 Gugurlah engkau kerana Yang Esa

kerana kuingin setiap titismu menjadi pembelaku
 kerana kuingin setiap titismu menjadi saksiku
 kerana kuingin setiap titismu menyelamatkan diriku
 kerana kungin setiap titismu membawa ku ke syurga idamanku
 kerana kuingin setiap titismu kudapat melihat wajah Rabbku..
 kerana kuingin setiap titismu bawa bahagia abadi buatku
 walau engkau hanya setitis air membasahi pipi

Jangan jadikan perkahwinan pusara cinta



Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
 Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya derhaka. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Pantang tersilap berhamburan kata-kata menusuk kalbu. Dek tekanan pekerjaan dan hidup, isteri dan anak-anak dijadikan tempat melepaskan amarah dan geram. Lebih dahsyat lagi tubuh isteri yang sewajarnya dibelai dengan penuh kasih sayang dijadikan ‘punch bag”. Terkadang menerjah juga di benak si isteri, telah hilangkan cinta. Inikah tanda dia menyayangi. Pelbagai sangkaan menyelinap di ruang hati. Lantas syaitan memasukkan jarumnya. Hasutan demi hasutan agar dua insan menjauhkan diri dari RabbNya.

Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam.Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Keikhlasan berganti keterpaksaan.Pahala yang ingin diraih tetapi dosa yang digalas.Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.  Segala-galanya menjadi semakin suram dan bungkam… seakan-akan pusara.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Setiap sen pendapatan suami aku yang punya. Pantang suami keluar rumah deringan telefon suami berbunyi berselang 15 minit. Setiap inci jejak sisuami kalau boleh hendak diselidik.Bertalu-talu soalan ibarat M16 apabila suami terlewat tiba. Pantang ditegur suami, menyinga amarahnya…katanya terlalu mengongkong.Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Dibiarkan suami sendiri. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Arahan suami mesti ditunai segera, jangan bertangguh jangan sekejap lagi. Aku suamimu aku syurgamu. Boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Memberontak dalam diam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Antaranya  sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh menunjukkan protes, wajah masam mencuka, membalas dengan perlakuan yang kasar, tutur kata yang menghiris hati sisuami,memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur dan pelbagai lagi ragam yang menumpukkan dosa-dosa. Ah di manakah kekuatan cinta..di manakah janji-janji..di manakah letakknya Allah..kerana ego dan emosi mendahului iman tiada lagi rumahku syurgaku yang terbina rumahku nerakaku.

Itulah walhasilnya tatkala ego dan emosi membelenggu jiwa. Cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

 Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Hati berparut dan luka yang menanah. Tautan hati seolah-olah telah tiada. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
 “Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
 “Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
 Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

Wednesday, 10 October 2012

Pagi minggu yang malas

Pagi...cahaya terang dijendela halus
dingin hawa memukau malas
masih bergelut selimut 
mata yang masih separuh buka
menjenguk malas dicermin diam
malas tak mau bangun
membiarkan mungkin mata membengkak
bersama bantal empuk yang setia sejak semalam....
tumpuk tumpuk peta jelas kelihatan
melerit panjang dikulit bantal
tidur mati agaknya malam tadi
melepas geram bersama rempit durjana
atau mungkin lupa bahawa esoknya hari minggu

Matahari pagi semakin terik
bangunlah wahai tubuh yang masih terbaring
dibalik selimut putih...
lupakan semua khayalan
hilangkan dendam geram semalam
hilangkan mimpi indah tersirat
bergerak pantas..
semangat dihujung minggu
kerana perjalan masih jauh..

...sakagliwan5...07/10/12
Promenade Apartment

Sunday, 30 September 2012

11.55 malam


Masih menatap kalam,
melawan mata dungu berapi
pasti terbayang sendu batin
melangkah coretan goresan hati
jasadku semakin lemah terasa....
bagaikan sang tua tanpa tongkat
seolah kehilangan harapan
walau semangat hati masih subur
mahu saja ku mengalah....
walau tanpa kerelaan
meski ada kalanya aku ingin menyerah
walau hati tak pernah memberi
kekadang aku pasrah
merasa diri terlalu longlai
walau sejuta harapan menggunung
bak senyum secerah mentari
kekadang aku teramat rapuh.

....jm....2012

Hati Ku DiKinabalu

Awan kelabu bagaikan menusuk
bergadang pilu dalam cahaya hatiku
menambah lara diparuku
mengeratkan jantung didadaku
kau longlaikan nun dikejauhan
terlintar retak dalam kehampaan
bagai terjunam dari puncak kasih

Pedih sungguh pedih.....
kau meraut jiwa ini
megurai hambur air mataku
atas kekejamannya cintamu
saat hati ini masih menyayangimu

Kau selalu menyakiti...
pada sekeping cinta suci yang terhulur
biarlah aku pergi tanpa belaian kasihmu
biar ku kunci bilik hati ini dari rasamu
dan...berlalu pergi dengan rasa hormat
tegar bertahan walau sampai bila
walau tanpamu..
kerana hatiku di Kinabalu

...jm...2012

Waktu Berlalu


Cepatnya musim berganti
masa berlalu bagaikan halilintar
cerita lama antara kita berlabuh
dipinggiran rindu yang satu

Kenangan terindah dalam impian
tersantai buat kenangan rindu
saat bersemi cinta terungkai
ketika masih diambang gelora

Waktu berlalu biarlah pergi
jangan berangan untuk kembali
pasti tidak mungkin kembali
terlajak waktu musim berganti

Gurindam ini telah tamat disini
pasti tidak terungkit kembali
rasa cinta ini telah pupus
kerana hatimu menjadi saksi
ada cinta tersimpan indah dihatimu

Ku harap kau dapat memaaf
kerana pernah bertakhta dihatimu
biarkanlah semua ini berlalu
walau sesalan masih tersemat.

...jm...2012

Engkau Bintang Hatiku

Kau terlalu indah bagi ku
kau terlalu istimewa di bintang hatiku
segenap dakap jiwa ini terasa bahagia
meresap sinar dilangit tua

Paras wajahmu membuat aku syahdu
simpulan senyummu mematikan jantung 
getaran bahagia gegarkan cinta ini...
lirikan matamu mendendangkan nada cinta

Lautan China memisah kita
Terumbang aku dilambung igauku
selayang pandang jauhkan bintang cinta
merayau jauh diawan biru
melingkar kasih tanpa sinar indahmu

Kaulah bintangku..
kaulah nyawaku..
kuntum-kuntum kasih bersemi
pasti suatu waktu
sinar cintamu menemani malam-malamku
indah terasa dalam dakap cintamu.

Bersabar sayangku..
paduan cinta takkan putus melayang
kau dan aku pasti bersama
abadi selama hayat ada didunia ini..

......jm.....29.9.2012 / 1.58am.

Rindu Sepi Ini


Ku sematkan rindu sepi ini
yang suci bak senandung kasih
ku dambakan damai sepi 
menemani kehadiran mu disisi

Jiwa keluh kesah tersadai
menyisip sayu diperaduan
tanpa silau kasih mu terpaut
hati ini berkocak tanpa getaran 

Sayang...sayang dewi sukmaku
ketahui olehmu getaran nada hati ku
hampa sunyi tanpa bisikan kasih
untuk menemani aku yang rindu 

Sesekali hadirmu menemani disini
kelak terubat rindu sepi ini
menantimu dalam kasih terpaut
datanglah...hadirlah..ku mohon
untuk merasa kehangatan indah cinta kita
yang tersemai dianjung sepi.. 

......jm.....29.9.2012 / 1.13am

Wednesday, 26 September 2012

Iklasmu...!

Debar resah mu terpancar dari matamu
tawamu tak seindah inginmu
senyummu tak seiklas maumu....
ada kesal dan kecewa didadamu

Helaan nafasmu terasa ada keluhan
matamu sayu merenung jauh tanpa arah
apa ini mahumu atau ini yang kau nanti?
tanyaku tanpa jawapmu

Pastilah bukan ini mahumu
hatinya bukan milikmu
tapi apa dayamu semua tanpa pintamu
pastilah derita di jiwamu terbuku jauh
di lubuk hatimu walau ada tenang di wajahmu

Menangislah!.. menangislah!..ingin ku nyatakan padamu
andai itu pengubat semua lara deritamu
andai dia bukan milikmu jangan di nanti
pasti ada bahagia menantimu dihujung jalanmu

Biar semua semu hatimu berlalu pergi
bersama kelam malam dingin di luar jendelamu
iklaslah pasrahlah bersama syukur
pasti beban deritamu akan sirna bersama iklasmu!

Kerana Pasrah Iklasmu
Pastilah Ada Sinar Bahagia
Pecaya deh!


Junaidah June Indah
Malaysia,190912,1203am
Karya Sastra

Ragam Di Pejabat.

Mau tahu....
suasana dalam pejabat
banyak karenanya
yang pasti....
ada lelaki, ada perempuan
ada bos ada kuli
ada yang rajin ada yang malas
ada juga yang pura-pura rajin
ada yang relak
ada yang pak turut
ada yang suka mengampu
ada yang suka mengumpat
ada yang suka jaga tepi kain orang
ada yang yes Bos
ada yang asyik main game
ada yang suka nyanyi-nyanyi
ada yang asyik mengantuk
ada juga yang suka tidur-tidur
ada yang selalu keluar hisap rokok
ada yang suka marah marah
ada yang macam macam ada
ada yang suka buat gosip
ada yang suka jalan jalan dalam pejabat
ada yang balik balik pergi minum
dan macam macam ada
apa pun kita adalah satu
satu pejabat, satu tujuan
satu inspirasi..
kerana kita satu pasukan...

...jm...2012

Thursday, 13 September 2012

Pesan Untuk Dia..

Damailah engkau disana
Kerana tidak mahu kau terganggu
pasti masih ada rasa dihati
kerana yang dirindui selalu.

menatap semua ini
pasti ada yang rasa menunggu
walau ada kasih terbahagi
benang benang rindu pasti menemukan kamu

Meski kau juga tahu
ada bibit kasih yang melanda
atau kau memang tidak tahu
bila mungkin kau ada kelapangan dihati

Kerana dia pun tidak tahu
kemana harus mencari semua
tercipta pesan yang terlindung
cerita kasih yang mendalam

Jika suatu waktu
suatu hari kau ingat dia
kau tentu tahu
ada kisah dipantai cinta..

...jm....08/9/12

Monday, 3 September 2012

Puisi Bisu

Andai kamu terlihat
bait bait luahan kasih
tersusun ukir sayu indah...
menghembus nafas terbaca
rangkaian madah cinta terukir diatas batu
dianjung sepi nan hujung
ku pahatkan serangkai puisi bisu
disiram desiran ombak pantai
rindu yang memilu kasih..
sang awan berarak mendung diatas
menyepi tutup madah cinta yang terukir
detik saat berlalu
berbulan tahun berganti
masih terpahat disitu
luahan rasa hati seorang manusia
getaran hati dalam naluri
teman rakan sekalian
bila terjenguk dianjung sana
teruskan merenung lagi tersirat
agar suatu masa kamu merasa
kerasaan komentar apa yang ku ungkapkan
bahawa aku insan biasa
punya perasaan kasih dan sayang
yang cuba meneroka rahsia kehidupan cinta
dalam hakikat puisi cinta sejati!..

...jm....03/9/12

Saturday, 1 September 2012

Seksa Merindu


Bertahun lamanya
kita terpisah antara lautan...
untuk melupakan mu
rasanya tidak sama sekali
walau berkali sudah ku cuba
kau tetap dalam ingatan

Rindu itu membuat aku buta
buta pada kegilaan senyummu
apakah itu gila bayang?
merindu segenap jiwa ini

Kalaupun ada dua pilihan
Ahh!..biar ku pilih mati
mati tidak mungkin untuk melupakanmu
melupakanmu maut yang menanti
biarlah rindu itu ku bawa sampai mati
walau seksa dalam merindu....

....jm....31/8/12

Thursday, 30 August 2012

Aku Tak larat Lagi


Malam ini menceritakan penatnya hidupku
Gelap telah mewarnai isi hatiku
Hitam yang sedikit tersebar di relung jiwa
Terkobarkan bendera kematian bagi kebahagiaan……..

Apakah kata ini memenangkannya
Yang mengalahkan kacau bilaunya hidup ini
Ataukah aku hanya seperti duri
Yang memberikan luka bagi diriku sendiri

Mata ini merah kerana menangis
Memberikan air mata disetiap cerita ini
Yang tampak hanyalah kesedihan di hari ini
Apakah aku bisa memberi pelangi untukku sendiri…….

Awan tak memberi jawab untukku
Walaupun aku ingin ada pelangi di hatiku
Seperti apakah aku saat ini
Apakah aku pantas seperti debu yang tak berwujud…….

….jm…2010

Puisi kasihku


Rasanya aku menyintai puisiku
kerana ia ciptaku
ia kasihku
ia sayangku
benar-benar cintaku..
padaku bukan sekadar
kasih dan cinta
entah sampai bila aku mengasihi puisiku
oh!!.. indah kasih dari puisi-puisiku
aku tidak mau berhenti
esok aku terus kasih
serpihan mana pun ia
aku akan temukan
bait-bait kasih dalam cinta
sulam minda cinta pada puisiku
kalam terus laju
menuju kasih indah
aku cinta puisiku
biar aku mengasihi sepanjang hayat ini
selagi masih ada.


...jm....10.25am 17/5/12

Debu Debu Fantasi

Tidak terlintas difikiran
pada sebuah harapan yang hilang
aku disini bersama duka yang menghiris
tahu kah kau betapa seksa diri ini
kau mungkin tidak merasa
kerana bukan kau yang merasa.....

Aku bukan buih yang hanyut
juga bukan debunga layu
kau terbangkan aku dengan segala dayamu
aku tak sanggup menempuh semua fantasi lara ini
kau tusuk aku dari belakang
kau humban aku
bagaikan kelopak layu......

Begitu mesra kau dan dia                                                                                           
seperti pada mula kita
kini dia kau gelar isteri
bagi ku itu adalah mainan mata
hancur berderai
bagai debu debu fantasi yang pudar
jangan kau harap aku ingin kembali
biarkan aku dengan duniaku.


...jm....18/5/2012

Demi Waktu


Waktu demi waktu
berlalu begitu pantas
seluruh jiwa ini pinta dibatasi
tapi sang rembulan membisu
sinar mentari pagimampu menusuk kamar sepiku
hanya meninggalkan ranjau kebingungan
bertapuk dicelah lampu neon berkelipan
waktu demi waktu berlalu begitu saja
bisa kah aku menahan waktu itu
aku terasa malu
pada alam memerhati
hari-hari mendatang kau masih kosong
sampai bila aku mengharap
waktu kau tolongi aku
kau peluk aku
isikan penuh untuk ku bekal
masih jauh ranjau ini
aku tidak mampu
menahan cepatnya waktu berlalu.


....jm....17/5/12

Puisi Terakhir..??

Wahai teman …
seandai tiada lagi rasa dihati
kerana antara kita
tak pandai bermain madah
apalagi mengolah cinta
ku barisi kata kata abstrak ini
apa kita terus begini
masing masing menahan diri
atau ini puisi terakhir
suatu kepastian dari sudut hati
atas kehendakmu
untuk kali ini
atau ini kali lah
.
.
.
tiada jawapan...???

...jm...30/8/12

Thursday, 16 August 2012

Lebaran ini

Sebulan kita berpuasa
menahan lapar dan dahaga
semuanya adalah perjuangan
kesabaran dalam menahan nafsu
kemenangan dalam jiwa suci
Hari lebaran menjelang tiba
hari yang dinanti nantikan
bersama kita bermaafan
dengan hati suci
berdamai dan bersilahturahim
semoga lebaran ini
membawa keberkatan dihati
SELAMAT MENYAMBUL HARIRAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

...jm....16/8/12

Sunday, 12 August 2012

Keegohanku.


Ku tahu kau mencintaiku
seperti api yang memberi sinar malam
walau terasa bahang panas yang menyakitkan

Ku tahu juga isihatimu
bagaikan desiran ombak yang setia pada pantai
walau ombak boleh membinasakan

Gerak gerimu...
seolah hanya aku milikmu seorang didunia ini
umpama ibu yang mencintai anak kecilnya

Dan cintamu selama ini..
bagaikan gunung kinabalu
yang sentiasa tegak walau dipukul badai mengamuk..

Tapi aku...
yang membohongimu
yang menjauhkan hati ini dari hatimu
yang selalu meyakiti jiwamu
meninggalkan mu dikala kau memerlukan ku
yang hampir menduakanmu

Kehilanganmu membuat aku mencintai dirimu
penyesalanku atas perbuatanku
keegohanku melenyapkan pintu hatiku
maafkan aku..
kerana telah melukaimu...


...jm....12/8/12


Kembalilah


Nafas dalam diri ini
masih terasa bagaikan
bernafas dalam lumpur
dalam sendu pilu
masih mahu mengungkapkan
isi hati yang tersimpan

Terasa ingin mengungkapkan semua
kerasaan yang masih dimiliki
segala kekesalan yang tersimpan
sesalan yang melanda ini
mampu menghanguskan jiwa ini.

Setiap detik masa berlalu
kebisuan mu tidak terungkai
kau tetap dengan langkahmu
mandiri dan tak mengerti
aku yang seperti awan beku
menanti tanpa bicara dari mu

Akan ku buktikan kepadamu
sesalan lampau itu
untuk meyakinkan mu
untuk sekali ini agar kau mengerti
datanglah kembali dalam hidupku
kita bina semula kota yang telah roboh
kota cinta yang dulu pernah lebur...


...jm...12/8/12

Wednesday, 8 August 2012

Merdeka tanah Airku

Menghitung hari lagi
kita laungkan merdeka, merdeka, merdeka
saat laungan berkumandang
laungkan lah sekuat hati
penuh rahmat....
penuh senyum keriangan
kepuasan tak terhingga
menutup kalam tangisan.

Masih di ingatan...peristiwa itu
49 tahun lalu...
tatkala penjajah menurunkan bendera..
ayat ayat keramat kedengaran
sayu dilubuk hati
bermula era baru...
yang mengerti menitiskan air mata
satu sinar baru...
kegembiraan tak terhingga
kepada bangsa dan tanah air tercinta
yang mengerti sengsara
juga keperitan yang melanda
yang dijajah minda....
pasti anak muda sekarang..
melihat kemerdekaan hanyalah suatu ilusi
tidak pernah merasai keperitan dalam mencapai kemerdekaan
apakah mereka lupa
akan perjuangan masa lampau

Kini...49 tahun berlalu
apakah nikmat kemerdekaan yang dikecapi?
atau kemerdekaan sekadar bebas dari belenggu penjajah
atau apa akan terjadi kepada kemerdekaan sebenar
minda generasi kini..
hanya terlihat pada gambaran cerita
fakta sejarah yang tersirat..
tidak tertanam dalam minda
ayuh! rakan sekalian
tanamkan rasa kecintaan
pada sebuah tanah air tercinta
kemerdekaan yang abadi..
biarpun seribu tahun lagi..
merdeka!!....
MALAYSIAKU PERMAI.


...jm...08/08/12

Tuesday, 31 July 2012

Subuh yang gundah

Suasana Kosong...
sunyi...
tetiba deras angin menjilat bumi
pepohon kayu melenyapkan heningan subuh
masih ada yang dibuai mimpi indah
insan sedang menjamah sahur
shhhhh....
berdentuman bunyi pintu
jauh diangkasa sana
badai masih mencari mangsanya
nadi masih berdenyut
jam dinding masih 4.05am
sebentar azan subuh
akan berkumandang...
melunak meresap setiap jiwa
tenang seketika..
lega jiwa ini..
sejuk hati ini..


...jm....4.05am 31/7/12 

Sunday, 29 July 2012

Selamat Pagi.


Pagi hening...
langit biru yang cerah
tanpa kicauan burung
udara segar indah sekali
mentari menyinar
sinaran tajam semesta alam
tetiba aku teringat kamu
walau masih terpuruk disudut kamar
bersama sepi nyanyian rindu
walau tanpa kata-kata
lamunan rindu menyulam
untuk mu...SELAMAT PAGI.

....jm....29/7/12

Cinta esok dan esok



Janji dipenghujung malam
hari ini bangunmu penuh cinta
cuba kau lihat...
betapa sang bayu terpasang sayang
lagu semalam rindu yang memanggil
tersentak sejenak dalam hitungan waktu
telah ku katakan esok masih ada
untuk menyapa cinta manismu
hari ini senyum yang kau berikan
memekarkan embun-embun cinta kita
tapak cinta indah disetiap langkah
sambutkan lah dengan ucapan selamat pagi sayang
agar doa semalam tidak terhenti
dalam lamunan bayangan yang terpahat
doakan lah agar hari-hari mu selalu indah
mendakap damai masa depan
cita dan cinta abadi
hadirmu adalah tawaran cinta
suka dan duka..


...jm...29/7/12

Esok dan esok

Esok…
akan ada lagi kataku
ya..pasti
namun ketidak pastian barangkali
walau sesingkat waktu
pasti harapan tanpa keraguan
dikala ini...disaat ini
pun kalau kau tanya
pasti jawapannya esok..
kedamaian diruang jiwa
semua kebaikan ada kebahagiaan
walau keburukan yang terpisah
atau gundah gulana
suatu yang pasti
semangat yang jitu
gapailah...
kerana esok...esok...esok,
terpulang pada indahmu kala ini.

....jm....29/7/12

Larut Malam


Tepat 12.00 tengah malam,
tanpa bintang tanpa bulan bersinar
kedengaran anak kecil menangis meronta
salakan anjing kedengaran bersama angin malam
aku bertemankan kegelisahan
walau tanpa nama....
terasa bagai sang rindu menjelma
oh! bulan terangilah sinar kerinduan ini
untuk ku titipkan salamku bersama angin malam
mau rasa ku mengSMS mu,
untuk ku tau apa buatmu disaat ini
malam semakin larut
biarlah tidurmu beralaskan mimpi syadu
lalu..
ku biarkan saja
agar salamku untukmu dikelewatan ini
menjaga tidur asyikmu
bersama ucapan
Salam rindu diangin lalu...

....jm....28/7/12

Sang mimpi

Lewat jam 1.00 pagi
saat mata mula terkulai
ku tutup cerita larut
tubuh mula longlai..
siap untuk bermimpi
dalam dunia maya yang tak pasti
kepastian yang pudar
itulah dunia sang mimpi
suatu kepastian atau kenyataan??
ayuh kita labuhkan tirai ini
dan bermimpilah seenak enaknya.
yuk..jangan lupa cuci kaki
agar bermimpi untuk hari esok..


...jm....29/7/12

Saturday, 28 July 2012

"Aku bukan untuk dijual"

Dorang selalu mengata
"harga dirimu RM20,000.00"
"kan mereka sahabat sebumbung denganmu"
"bila ku tenung semacam seribu berligar dikepalamu"
"tapi kau selalu diam membisu"
"mereka selalu menguasaimu"
"membuat kau hanya senyum sinis sahaja"
"apa sebenar ada difikiranmu saat itu"
"jangan pernah tunduk pada tohmahan gila mereka"

ada seorang yang selalu berkata,
"dia ni cantik tapi jual mahal"
"jangan ditunggu gunung menjadi rata"
"hehehe...usikan manja tapi pedas"
"kekadang tangan menerpah sentuh dijarimu"
"hari hari begini usah dilayan"
"tabah saja dengan ikhlas"
"pasti tenang jiwa menyeliputi hati"
"ahh! biarkan saja anjing menyalak"
"pasti kau tenang sentiasa"
"hari-hari mendatang pasti tiba jua"
"suatu nekad pasti tercapai"

suatu pagi yang tenang,
kata dorang lagi,
"dia ni mahal tau"
"penuh gurau tapi pahit didengar"
"Cif!! dorang ni selalu kata begitu"
"mungkin kau sudah hilang sabar dan tak tahan lagi"
lalu terucap,
"aku bukan untuk dijual tau"
"lalu beredar sambil memandang tajam"
"dorang ketawa paksa sambil senyum dibuat"
suasana tenang seketika...

....jm....27/7/12

Monday, 23 July 2012

Derita Jiwa ini.

Sayangku,
ketahuilah olehmu..
Kebahagiaan bagiku kini adalah duri
penuh dengan ranjau hitam
dijiwa ini hanya penuh dengan tangisan rindu
Oh! jiwa yang berantakan
sampai tidurku pun kau masih menemani aku

Sayangku,
disaat begini kau tetiba datang
menambah luka parah dijiwa ini
kala bercinta denganmu...
suatu pengalaman yang terindah
bagaimana hendakku bayangkan....
biarlah jiwa ini saja yang mengerti
biar saja bulan yang bicara
betapa suatu masa...
aku pernah menyayangi dirimu.

Sayangku,
hanya ucapan kasih dan rindu
yang dapat ku ucapkan,
atas kesudianmu..
menumpangkan diri ini dipenjara hatimu
aku tidak sesekali berniat..
untuk melukai hatimu
kerana kau yang selalu dihati ini.


Sayangku,
ketahuilah..
bahawa airmata ini hampir tandus dengan tangisan silam
aku tidak sanggup lagi mengulangi rintihan ini
parah yang melanda..
seksa bagai dihiris hiris..
pesan jiwa ini..
berilah aku peluang seandainya..
untuk mengenal sinar kebahagiaan
biar sesaat yang ada.

....da....   2.43am  23/7/2012


Saturday, 21 July 2012

Menjelang Ramadhan


Tak terucap oleh lidah ini,
apalagi untuk berkata-kata
seribu penyesalan mendalam,
malu, pilu dan sedih
menyelubungi sanubari
dalam kalbu tercetus "oh! Tuhanku"
batin terseksa...
segala apa pun dosa-dosa itu
KAU maha pengampun lagi maha mengasihi
dikala dalam kesedihan dan kepiluan
hanya padaMU aku berserah
dikala aku kesunyian
dikala aku sendiri
keyakinanku hanya padamu Ya Allah
redhamu sentiasa ku nantikan
maafkan segala dosaku ya Allah
wahai teman-teman...
maafkan aku..
"Marhaban Ya Ramadhan"
Maaf Zahir dan batin.

....jm....12.15am..21/7/2012

Wednesday, 18 July 2012

Sunshine


Aku gak tau kenapa semua ini haruz terjadi pada diri ku.
Kau pergi dariku dengan sejuta alasan.
Tapi entah mengapa walaupun dirimu pergi dari ku,
Aku tetap sayang banget ma kamu.
Sekian lamanya diri mu menghilang dariku,
Kini kamu hadir lagi di hadpan ku.
Dan aku mohon jangan tinggalkan aku lagi.
Aku tak sanggup hidup tanpa dirimu.
Karena bagi ku kamu adalah penerang jalan hidup ku.
I love you sunshine..........


.......Destri Isnia Armaika....

Cinta Terpenjara


Ada yang tak bisa kubaca dari gerak bibirmu
Ada yang tak bisa kuraba dalam hangat pelukmu
Tapi pandangan matamu
Masih seperti yang kulihat empat tahun yang lalu


Pandangan mata yang dulu pernah menjerumuskanku
Dalam dimensi cinta tak berbatas ruang dan waktu
Seperti menggapai-gapai dasar
Yang tak juga tersentuh


Dan masih kuingat betul
Betapa aku tersiksa
Seperti terpenjara
Saat kusadari
Kau takkan kumiliki

Ombak Rindu ( Lirik Lagu )


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Puisi Rindu - Ombak Rindu | Hafiz & Adira

Yang Terakhir..

Suatu khayalan minda
terlaung disanubari
andai esok aku tiada
atau lusa aku pergi
adakah kau akan mencariku, menungguku..
atau kau biarkan begitu...
kerana aku hanya bebayang usang
yang menghilang seperti debu..
Ketika semuanya tidak bererti lagi
tiada saksi yang menyaksikan
terlalu jauh keyakinan ini
bukan kekalahan yang menghalang
atau mungkin sekadar perpisahan tertunda
biarkan berlalu...
kalau masih ada rasa kilauan
rasa gerimis membasahimu
aku masih disini...
tapi seandai semua berlalu
tanpa ungkapan rasa...
anggaplah bait-bait puisi usang ini
yang terakhir....


...jm....2.17am 18/7/12

Bijak memilih..


Bukan mencarut..
bukan mengarut..
tidak mengata..
bukan mengata..
tidak mencelah..
bukan mencelah..
buat yang patut..
jangan tak patut..
biar berlutut...
jangan melutut..
asal jangan meminta-minta..


Sampai masa kita berbaris
pasti IC ada bersama..
dari pagi sampai kepetang..
buatlah pilihan masing-masing
jangan menyesal usah berduka..
bijak memilih pandai memangkah
buatlah pilihan yang terbaik
dari yang baik-baik....hehe
MALAYSIAKU PERMAI...

...jm...1.46pm   18/7/2012

Malaysiaku Indah Permai..



Parti A...
Parti B...
Parti C...
Parti D...
Parti E.....dan??
semakin kelam-kabut
masing-masing dengan helahnya
ada yang manis dan lebih manis
dalam Parlimen perang mulut
dewan negeri perang saudara
rakyat pasti bijak memilih
tumpukan buat kerja yang patut
jangan susut sampai ketara
masalah rakyat diutamakan
jangan ada yang papa kedana
agar negara tidak merana
hidup rakyat hidup negara
kerana rakyat jadi penentu
ibarat pepatah..
dimana ada gula disitu ada semut..??
mari kita buat yang patut
biar insaf sebelum ajal
mendukung wawasan biar bersatu
impian murni pasti tercapai..
MALAYSIA KU INDAH PERMAI...



...jm....1.29pm   18/7/2012



Pilihanraya??..


Menghampiri lima tahun
masa semakin suntuk
sana sini semakin sibuk
dari utara hingga selatan
semakin rancak perang mulut
masing-masing dengan hujahnya
perang bendera sudah kelihatan
jalan merah dinaik taraf
jambatan usang dapat bantuan
surau lama dicat baru
orang besar tunjukkan muka
masuk kampung keluar kampung
dari desa hingga kepekan
kedai kopi penuh sesak
cerita lama panjang-panjang
berita TV cerita baru
surat khabar laris dikedai
khabar berita dinanti-nanti
entah esok atau lusa
pilihanraya pasti tiba...
INI BARULAH...

...jm....11.55am  18/7/2012

Dendam yang tersirat


Mungkinkah,
mimpimu untuk memiliki
segala rasa jiwa
masa semakin jauh
semua seloka indah itu
aku tidak pernah bermimpi memiliki
apalagi mengatur sandiwara lama
siapa pernah mentertawa
siapa pernah peduli
apa mimpimu untuk aku
oh! tidak....
hanya impian mimpimu yang mendendam
percayalah....mimpi kita amat berbeza
siapa peduli...siapa mampu mengubahnya
malam masih tetap gulita
satu pesanan...
perjalanan ini masih jauh..
masih banyak onak-onak..


...jm...2.43am 18/7/12