Tidak terlintas difikiran
pada sebuah harapan yang hilang
aku disini bersama duka yang menghiris
tahu kah kau betapa seksa diri ini
kau mungkin tidak merasa
kerana bukan kau yang merasa.....
Aku bukan buih yang hanyut
juga bukan debunga layu
kau terbangkan aku dengan segala dayamu
aku tak sanggup menempuh semua fantasi lara ini
kau tusuk aku dari belakang
kau humban aku
bagaikan kelopak layu......
Begitu mesra kau dan dia
seperti pada mula kita
kini dia kau gelar isteri
bagi ku itu adalah mainan mata
hancur berderai
bagai debu debu fantasi yang pudar
jangan kau harap aku ingin kembali
biarkan aku dengan duniaku.
...jm....18/5/2012
No comments:
Post a Comment