Cepatnya musim berganti
masa berlalu bagaikan halilintar
cerita lama antara kita berlabuh
dipinggiran rindu yang satu
Kenangan terindah dalam impian
tersantai buat kenangan rindu
saat bersemi cinta terungkai
ketika masih diambang gelora
Waktu berlalu biarlah pergi
jangan berangan untuk kembali
pasti tidak mungkin kembali
terlajak waktu musim berganti
Gurindam ini telah tamat disini
pasti tidak terungkit kembali
rasa cinta ini telah pupus
kerana hatimu menjadi saksi
ada cinta tersimpan indah dihatimu
Ku harap kau dapat memaaf
kerana pernah bertakhta dihatimu
biarkanlah semua ini berlalu
walau sesalan masih tersemat.
...jm...2012
No comments:
Post a Comment