Wednesday, 16 January 2013

Selamat Datang 2013..!

Kaki ku kini diambang akhir mu
Ku berpaling seketika pada untaian
Kisah-kisah ku di dalam perutmu
Semuanya seakan hanya mimpi di siang hari
...
Ada sebongkah cerita akan ku kenang
Terjalin terpatri dalam kalbu
Senyum tawa dan jua tangis ku
Mewarnai sepanjang kaki ku melangkah di dada mu

2012....♥...

Pasti akan ku rindui mu
Cerita di balik jalan mu
Akan menjadi sejarah hidup ku
Kini masanya aku harus meninggalkan mu

Dalam hati berkata
Terima kasih Ya Allah!
Alhamdulillah syukur atas kurnia
Nafas ini kerana aku dapat melangkah
Hingga akhirnya...

Kini langkah ini akan ku teruskan
Dengan ucapan,
Bismillahirrahmanirrahim..
Selamat Datang... 2013!

Junaidah June Indah.
Malaysia,301212,10.08pm

No comments:

Post a Comment