Friday, 18 January 2013

Hari ini...

Aku masih tercegat disitu, mengelamun entah kemana,  jam didinding baru menunjukkan 9.40 pagi.  Setiap pagi begini,  aku selalu mengelamun.  Entah apa saja yang tercorot dan berkecamuk dikepalaku dan fikiranku.  Benda-benda aneh yang aku tidak pernah fikirkan juga berkumandang,  rasanya kepala ini penuh dengan benda asing.   Adakah aku dalam kegelisahan atau dalam kebimbangan yang selalu menghantui aku.   Ahhhh...mungkin inilah suratan hidupku...ceewahh!!

Aku mula merasakan diri ini terlalu kerdil jika dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain walau aku yang paling senior dalam organisasi ini.   Aku juga selalu mengingatkan diriku sendiri,  entah berapa kalinya,  tak ada yang mahu menyedarkan aku tentang erti sebenar hidup ini.   Sebolehnya aku tidak mahu membebani orang lain dalam menentukan hidup ini.  

Aku tertunduk lesu dalam kamar yang menempatkan aku selama ini.  Disitu tempat aku mengabdikan diri untuk semua rezeki yang aku terima selama ini.   Walau karenah ku kekadang membebani orang lain tapi itu sudah menjadi rutinku setiap hari.   Adakah aku ini terlalu...
- membebankan
- egois
- memburu cita-cita buta
- penyebuk
- cerewet
- cemburu
- atau manusia yang hanya pentingkan diri sendiri

Nah...fikirku INI KALILAH atau inilah erti hidup, atau hidup bukan aku yang merobahnya atau mengatur,   kerana bagi ku Hidup Bukan untuk Derita dan Derita juga tidak selamanya...eeeemmmmmmmmhhh...tentu saja akan ada banyak hal yang tidak sesuai dengan hidupku.  Tapi aku bersyukur kerana Tuhan masih memberiku hidayah dengan fikiran yang berharga...harapanku..

Diluar kamar ini mentari mula menyinar sinarnya walau kekadang tersipu dibalik awan.  10.44am....rupanya aku sedang dalam lamunan jiwa..hehe

jm...10.30am

No comments:

Post a Comment