Monday, 20 January 2014

Kegelapan malam...


Kegelapan begini..
Tanda malam semakin larut
Kedengaran nyanyian serangga merata
Walau tanpa gerimis...
Walau tanpa tiupan dingin angin
Nyanyian itu meresap nyusup dalam  hati yang resah
Mengalunkan irama nada yang sendu.

Dingin sungguh walau tanpa hembusan angin
Membuat màta mula membayang indah
Membuai dalam alas yang empuk
Walau punggung masih melekat padu 
Tersandar  dalam senyum indah

Sang malam semakin tersenyum
Pada kegelapan oleh desir dingin malam
Merawati luka di kelambu hati
Pada lambaian yang tersembunyi
Indahmu bagai bayu yang terbang
Hanyut dalam usapan lembut....


....Sakagliwan5.....200114

Thursday, 16 January 2014

Maksud Cinta...


  • Cinta bererti jika kita benar-benar mencintai seseorang kita tidak akan pernah berhenti memikirkan tentang mereka walaupun sesaat dan merasakan dialah segalanya.
  • Cinta adalah perasaan yang tak dapat dilihat dan di jelaskan tapi boleh dirasai dan jika kita benar benar menyintainya, kita sanggup mati untuk mereka 
  •   Cinta adalah segalanya.cinta hadir tanpa diundang..keikhlasan rasa cinta membangkitkan seribu kekuatan dalam jiwa dan diri kita. kerana cinta itu memberi sejuta rasa, tidak keterlaluan jika aku katakan cinta itu anugerah yang tidak terhingga.... 
  • Cinta membuatkan kita merasa bahagia dan selesa bila bersamanya dan  kita boleh menjadi diri kita sendiri, tak perlu make up,tidak perlu pakaian mewah semasa dengannya dan dia sentiasa merasakan kita adalah satu satunya insan yang dia sayangi. 
  • Cinta adalah menyintai, pengorbanan, kesetiaan, persefahaman,,saling perlu memerlukan dan sentiasa mengambil tahu
  • Cinta adalah mengambil berat tentang orang lain. Iaitu sentiasa menerima seadanya seseorang itu walau apa jua keadaan nya bukan kerana kelebihannya sahaja.
  • Cinta adalah perkongsian suka dan duka. Dia atau kita akan sentiasa ada di sisi dalam apa jua keadaan
  •  Cinta adalah persahabatan dan keluargaan
  • Cinta adalah dugaan paling besar tapi manis akhirnya, terpulanglah pada kita bagaimana kita menghadapinya
  • Cinta boleh membuatkan kita mengalirkan air mata.
  • Cinta mampu merubah memberikan kebahagiaan dalam hidup kita
  • Cinta merupakan pencetus corak kebahagiaan dalam hati kita... bila hati dah cinta segalanya menjadi  indah...semakin indah.... terus indah....


Tuesday, 14 January 2014

Hadirlah Walau Dalam Redup Dingin


Malam suram kelam
Bulan diselubungi gerimis tak diundang
Merenung jauh dibalik jendela rapuh
Menanti bayang rindu berkobar
Bersemayam dibalik bulan redup

Aku yang rapuh jatuh......
Tertinggal aku dalam kegelapan panjang
Pasti kah kerinduan ini berputik?
Walau tak ku temui bayangan bimbang
Penantian dalam kerinduan pedih...

Kala rindu bagai cinta yang membara
Sebara sinaran  suria siang.
Hadirlah walau dalam redup dingin
Disana ada bait madah berbunga.                                                                                                      


...sakagliwan5...
   140114

Wednesday, 8 January 2014

HUJAN OH HUJAN..

Perlahan lahan..
Kau curahkan butiran permatamu
Dari langit yang jauh
Menghias mata memandang.

Satu persatu permata putih..
Kau turunkan dari langit
Laju dan laju diturunkan
Bumi ini menyambut kehadiranmu

Membasahi bumi dengan ungkapan
Terima kasih wahai hujan
Syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang engkau turunkan..


..sakagliwan5...080114

Sunday, 5 January 2014

Hujan petang...


Petang ini......mendung
Sinar mentari menyelinap dibalik awan,
Awan membisu muram.
Melihat diatas sana....mengerikanKumpalan tebal memberi aku rasa gundah
Dikamar nan sepi ini..
Aku duduk merenung dicelah jendela
Dingin angin meniup sepoi sepoi
Membuat aku rasa ...
Bagai di kaki Gunung Kinabalu..
Kawanan awan ngeri menampakkan kemuraman
Oh! Hujan,
Betapa aku yang kedinginan
Kau membawa lagi dingin mu
Yang menyejukkan seluruh tubuh ku
Titik demi titik...dan titisan mu
Mula membasahi permukaan...
Kanak kanak riuh diluar...
Tanpa dentuman guruh yang ganas...
Bahkan kilauan kilat yang berbisa pun tiada
Memulakan aksi mereka dengan titisan mu yang..
Mungkin menyeronokkan mereka....
Beberapa ketika kau mula menghilang
Walau tanpa dendangan...
Sehingga gemersik yang kau turunkan
Indah pada mereka..
Ngeri bagi aku yang kedinginan..
Oh!...hujan...
Sampaikan salamku ..
Pada yang turun diufuk barat...


....sakagliwan5...
   050114

Friday, 3 January 2014

Hari hari begini...



Hari hari begini
Naik tangga
Satu....dua...tiga.... dan seterusnya
Hari hari begini
Turun tangga
Satu...dua...tiga....dan lagi 
Adakah itu tangga cinta
Pagi dan petang terus mengira
Walau hujan
Walau panas
Walau dingin
Tetap satu....dua....tiga..
Terus terusan mengira
Minda berjalan
Mengira waktu yang ada
Atau setiap anak tangga
Punya kisah tersendiri
Susah senang...
Duka nestapa...
Derita pahit...
Cerita manis direlung hati
Jangan putuskan kiraan
Jangan nanti tersungkur 
Tapi harus teliti
Jangan sampai tergolek
Jangan sampai tercalar
Bangun saja sendiri
Tak siapa yang nampak
Berdikari....


......jm....030114
(Sakagliwan5)

Persimpangan ini..



Antara dua persimpangan ini
Mana satu hendak dituju
Yang ditelusuri hilang dijejaki
Hilang punca, bercelaru, kabur kabur
Minda malap..
Ke utara atau ke selatan
Aku sendiri tidak pasti
Masih adakah yang sayang
Untuk memimpin ....
Atau adakah tangan-tangan yang sudi...
Mengemudi jalan yang benar...
Abadi selamanya..


....jm.....030114
(Sakagliwan5)

Hanya seadanya...



Aku seperti yang kamu lihat..
Tanpa ada apa apa
Apa lagi segulung ijazah
Apa lagi keayuan diwajah
Aku sekadar gadis pinggitan
Tiada punya àpa apa
Tiada harta dan wang berjuta

Aku seperti yang kamu nampak
Tanpa ada yang ditonjolkan
Sekolah setakat sekolah menengah
Wajahku biasa biasa jer...
Duit ringgit sekadar yang ada
Kerana aku hanya suri rumah sepenuh masa
Harta dunia sekadar..
Hiasan diri semata...

Apa kah semua ini.....
Atau hanya kayu pengukur semata
Hidup didunia ini penuh pancaroba
Segalanya hanya sementara
Hanya pinjaman...
Akan lenyap bila tiba waktu....
Kau, aku dan semua
Tetap berdiri dipadang yang sama..
Apa akhirnya...

....jm....030114
(Sakagliwan5)



Thursday, 2 January 2014

Azam dan harapan


Semangàt membara
Satu kekuatan padu
Iman dan ketaqwaan
Kejayaan yang bertunas
Seorang yang bernama insan
Adalah ciptaan yang maha esa
Pencipta segala kejadian.

Tunduk hanya pada-Nya berserah
Memohon petunjuk jalan yang abadi
Memohon hidayah semoga aman
Maka hilanglah segala gundah gulana
Sujud pada-Nya
Atas sejadah yang suci
Semoga tercapai segala impian
Terlaksana harapan dan wawasan murni
Segala azam..
Segala harapan..
Segala impian..
Akan menjadi teman
Kebahagian dan ketenangan
Menjadi kenyataan...
Ya! benar....bukan hanya cerita kosong....

....jm.....020114
(Sakagliwan5)


Wednesday, 1 January 2014

Cerita semalam

Malam ini..
Jam 8.00 di TV3
Mau lihat berita..
Laporan tentang guling gulingan
Rempuh merempuh
Raba meraba..
Baling membaling
Sesak menyesak
Teriak teriakan
Hadang  menghadang
Cemuh mencemuh
Suara siapa kah itu
Atau hanya cerita rekaan
Apa lagi yang ada....

...sakagliwan5...
   010114

Kepada mereka...



Kepada mereka..
Sorak sana sorak sini
Macam asyik lihat inul bergoyang
Walau tanpa aku
Sorak lagi...
Bergembira terus...
Dan terus terusan...

Kepada mereka..
Gelak ketawa melayang
Walau tanpa aku
Terusan gelak hilai
Sorak lagi
Berbahagialah hendaknya..

Kepada mereka..
Suara gendangan
Hibur ria dihati
Walau tanpa aku..
Riang ria lagi
Semoga berbahagia sentiasa

Kepada mereka..
Semakin rancak riuh
Santai santaian
Tanpa mengira waktu, masa
Atau dihujung hari

Suatu waktu
Suatu masa
Suatu hari dan ketika
Pasti aku jua yang dicari
Walau mungkin aku
Bukan yang dulu lagi
Atau aku masih ada rasa kasih
Milik siapa kah
Aku ini....

....jm.....010114
(Sakagliwan5).