Tuesday 31 July 2012

Subuh yang gundah

Suasana Kosong...
sunyi...
tetiba deras angin menjilat bumi
pepohon kayu melenyapkan heningan subuh
masih ada yang dibuai mimpi indah
insan sedang menjamah sahur
shhhhh....
berdentuman bunyi pintu
jauh diangkasa sana
badai masih mencari mangsanya
nadi masih berdenyut
jam dinding masih 4.05am
sebentar azan subuh
akan berkumandang...
melunak meresap setiap jiwa
tenang seketika..
lega jiwa ini..
sejuk hati ini..


...jm....4.05am 31/7/12 

Sunday 29 July 2012

Selamat Pagi.


Pagi hening...
langit biru yang cerah
tanpa kicauan burung
udara segar indah sekali
mentari menyinar
sinaran tajam semesta alam
tetiba aku teringat kamu
walau masih terpuruk disudut kamar
bersama sepi nyanyian rindu
walau tanpa kata-kata
lamunan rindu menyulam
untuk mu...SELAMAT PAGI.

....jm....29/7/12

Cinta esok dan esok



Janji dipenghujung malam
hari ini bangunmu penuh cinta
cuba kau lihat...
betapa sang bayu terpasang sayang
lagu semalam rindu yang memanggil
tersentak sejenak dalam hitungan waktu
telah ku katakan esok masih ada
untuk menyapa cinta manismu
hari ini senyum yang kau berikan
memekarkan embun-embun cinta kita
tapak cinta indah disetiap langkah
sambutkan lah dengan ucapan selamat pagi sayang
agar doa semalam tidak terhenti
dalam lamunan bayangan yang terpahat
doakan lah agar hari-hari mu selalu indah
mendakap damai masa depan
cita dan cinta abadi
hadirmu adalah tawaran cinta
suka dan duka..


...jm...29/7/12

Esok dan esok

Esok…
akan ada lagi kataku
ya..pasti
namun ketidak pastian barangkali
walau sesingkat waktu
pasti harapan tanpa keraguan
dikala ini...disaat ini
pun kalau kau tanya
pasti jawapannya esok..
kedamaian diruang jiwa
semua kebaikan ada kebahagiaan
walau keburukan yang terpisah
atau gundah gulana
suatu yang pasti
semangat yang jitu
gapailah...
kerana esok...esok...esok,
terpulang pada indahmu kala ini.

....jm....29/7/12

Larut Malam


Tepat 12.00 tengah malam,
tanpa bintang tanpa bulan bersinar
kedengaran anak kecil menangis meronta
salakan anjing kedengaran bersama angin malam
aku bertemankan kegelisahan
walau tanpa nama....
terasa bagai sang rindu menjelma
oh! bulan terangilah sinar kerinduan ini
untuk ku titipkan salamku bersama angin malam
mau rasa ku mengSMS mu,
untuk ku tau apa buatmu disaat ini
malam semakin larut
biarlah tidurmu beralaskan mimpi syadu
lalu..
ku biarkan saja
agar salamku untukmu dikelewatan ini
menjaga tidur asyikmu
bersama ucapan
Salam rindu diangin lalu...

....jm....28/7/12

Sang mimpi

Lewat jam 1.00 pagi
saat mata mula terkulai
ku tutup cerita larut
tubuh mula longlai..
siap untuk bermimpi
dalam dunia maya yang tak pasti
kepastian yang pudar
itulah dunia sang mimpi
suatu kepastian atau kenyataan??
ayuh kita labuhkan tirai ini
dan bermimpilah seenak enaknya.
yuk..jangan lupa cuci kaki
agar bermimpi untuk hari esok..


...jm....29/7/12

Saturday 28 July 2012

"Aku bukan untuk dijual"

Dorang selalu mengata
"harga dirimu RM20,000.00"
"kan mereka sahabat sebumbung denganmu"
"bila ku tenung semacam seribu berligar dikepalamu"
"tapi kau selalu diam membisu"
"mereka selalu menguasaimu"
"membuat kau hanya senyum sinis sahaja"
"apa sebenar ada difikiranmu saat itu"
"jangan pernah tunduk pada tohmahan gila mereka"

ada seorang yang selalu berkata,
"dia ni cantik tapi jual mahal"
"jangan ditunggu gunung menjadi rata"
"hehehe...usikan manja tapi pedas"
"kekadang tangan menerpah sentuh dijarimu"
"hari hari begini usah dilayan"
"tabah saja dengan ikhlas"
"pasti tenang jiwa menyeliputi hati"
"ahh! biarkan saja anjing menyalak"
"pasti kau tenang sentiasa"
"hari-hari mendatang pasti tiba jua"
"suatu nekad pasti tercapai"

suatu pagi yang tenang,
kata dorang lagi,
"dia ni mahal tau"
"penuh gurau tapi pahit didengar"
"Cif!! dorang ni selalu kata begitu"
"mungkin kau sudah hilang sabar dan tak tahan lagi"
lalu terucap,
"aku bukan untuk dijual tau"
"lalu beredar sambil memandang tajam"
"dorang ketawa paksa sambil senyum dibuat"
suasana tenang seketika...

....jm....27/7/12

Monday 23 July 2012

Derita Jiwa ini.

Sayangku,
ketahuilah olehmu..
Kebahagiaan bagiku kini adalah duri
penuh dengan ranjau hitam
dijiwa ini hanya penuh dengan tangisan rindu
Oh! jiwa yang berantakan
sampai tidurku pun kau masih menemani aku

Sayangku,
disaat begini kau tetiba datang
menambah luka parah dijiwa ini
kala bercinta denganmu...
suatu pengalaman yang terindah
bagaimana hendakku bayangkan....
biarlah jiwa ini saja yang mengerti
biar saja bulan yang bicara
betapa suatu masa...
aku pernah menyayangi dirimu.

Sayangku,
hanya ucapan kasih dan rindu
yang dapat ku ucapkan,
atas kesudianmu..
menumpangkan diri ini dipenjara hatimu
aku tidak sesekali berniat..
untuk melukai hatimu
kerana kau yang selalu dihati ini.


Sayangku,
ketahuilah..
bahawa airmata ini hampir tandus dengan tangisan silam
aku tidak sanggup lagi mengulangi rintihan ini
parah yang melanda..
seksa bagai dihiris hiris..
pesan jiwa ini..
berilah aku peluang seandainya..
untuk mengenal sinar kebahagiaan
biar sesaat yang ada.

....da....   2.43am  23/7/2012


Saturday 21 July 2012

Menjelang Ramadhan


Tak terucap oleh lidah ini,
apalagi untuk berkata-kata
seribu penyesalan mendalam,
malu, pilu dan sedih
menyelubungi sanubari
dalam kalbu tercetus "oh! Tuhanku"
batin terseksa...
segala apa pun dosa-dosa itu
KAU maha pengampun lagi maha mengasihi
dikala dalam kesedihan dan kepiluan
hanya padaMU aku berserah
dikala aku kesunyian
dikala aku sendiri
keyakinanku hanya padamu Ya Allah
redhamu sentiasa ku nantikan
maafkan segala dosaku ya Allah
wahai teman-teman...
maafkan aku..
"Marhaban Ya Ramadhan"
Maaf Zahir dan batin.

....jm....12.15am..21/7/2012

Wednesday 18 July 2012

Sunshine


Aku gak tau kenapa semua ini haruz terjadi pada diri ku.
Kau pergi dariku dengan sejuta alasan.
Tapi entah mengapa walaupun dirimu pergi dari ku,
Aku tetap sayang banget ma kamu.
Sekian lamanya diri mu menghilang dariku,
Kini kamu hadir lagi di hadpan ku.
Dan aku mohon jangan tinggalkan aku lagi.
Aku tak sanggup hidup tanpa dirimu.
Karena bagi ku kamu adalah penerang jalan hidup ku.
I love you sunshine..........


.......Destri Isnia Armaika....

Cinta Terpenjara


Ada yang tak bisa kubaca dari gerak bibirmu
Ada yang tak bisa kuraba dalam hangat pelukmu
Tapi pandangan matamu
Masih seperti yang kulihat empat tahun yang lalu


Pandangan mata yang dulu pernah menjerumuskanku
Dalam dimensi cinta tak berbatas ruang dan waktu
Seperti menggapai-gapai dasar
Yang tak juga tersentuh


Dan masih kuingat betul
Betapa aku tersiksa
Seperti terpenjara
Saat kusadari
Kau takkan kumiliki

Ombak Rindu ( Lirik Lagu )


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Puisi Rindu - Ombak Rindu | Hafiz & Adira

Yang Terakhir..

Suatu khayalan minda
terlaung disanubari
andai esok aku tiada
atau lusa aku pergi
adakah kau akan mencariku, menungguku..
atau kau biarkan begitu...
kerana aku hanya bebayang usang
yang menghilang seperti debu..
Ketika semuanya tidak bererti lagi
tiada saksi yang menyaksikan
terlalu jauh keyakinan ini
bukan kekalahan yang menghalang
atau mungkin sekadar perpisahan tertunda
biarkan berlalu...
kalau masih ada rasa kilauan
rasa gerimis membasahimu
aku masih disini...
tapi seandai semua berlalu
tanpa ungkapan rasa...
anggaplah bait-bait puisi usang ini
yang terakhir....


...jm....2.17am 18/7/12

Bijak memilih..


Bukan mencarut..
bukan mengarut..
tidak mengata..
bukan mengata..
tidak mencelah..
bukan mencelah..
buat yang patut..
jangan tak patut..
biar berlutut...
jangan melutut..
asal jangan meminta-minta..


Sampai masa kita berbaris
pasti IC ada bersama..
dari pagi sampai kepetang..
buatlah pilihan masing-masing
jangan menyesal usah berduka..
bijak memilih pandai memangkah
buatlah pilihan yang terbaik
dari yang baik-baik....hehe
MALAYSIAKU PERMAI...

...jm...1.46pm   18/7/2012

Malaysiaku Indah Permai..



Parti A...
Parti B...
Parti C...
Parti D...
Parti E.....dan??
semakin kelam-kabut
masing-masing dengan helahnya
ada yang manis dan lebih manis
dalam Parlimen perang mulut
dewan negeri perang saudara
rakyat pasti bijak memilih
tumpukan buat kerja yang patut
jangan susut sampai ketara
masalah rakyat diutamakan
jangan ada yang papa kedana
agar negara tidak merana
hidup rakyat hidup negara
kerana rakyat jadi penentu
ibarat pepatah..
dimana ada gula disitu ada semut..??
mari kita buat yang patut
biar insaf sebelum ajal
mendukung wawasan biar bersatu
impian murni pasti tercapai..
MALAYSIA KU INDAH PERMAI...



...jm....1.29pm   18/7/2012



Pilihanraya??..


Menghampiri lima tahun
masa semakin suntuk
sana sini semakin sibuk
dari utara hingga selatan
semakin rancak perang mulut
masing-masing dengan hujahnya
perang bendera sudah kelihatan
jalan merah dinaik taraf
jambatan usang dapat bantuan
surau lama dicat baru
orang besar tunjukkan muka
masuk kampung keluar kampung
dari desa hingga kepekan
kedai kopi penuh sesak
cerita lama panjang-panjang
berita TV cerita baru
surat khabar laris dikedai
khabar berita dinanti-nanti
entah esok atau lusa
pilihanraya pasti tiba...
INI BARULAH...

...jm....11.55am  18/7/2012

Dendam yang tersirat


Mungkinkah,
mimpimu untuk memiliki
segala rasa jiwa
masa semakin jauh
semua seloka indah itu
aku tidak pernah bermimpi memiliki
apalagi mengatur sandiwara lama
siapa pernah mentertawa
siapa pernah peduli
apa mimpimu untuk aku
oh! tidak....
hanya impian mimpimu yang mendendam
percayalah....mimpi kita amat berbeza
siapa peduli...siapa mampu mengubahnya
malam masih tetap gulita
satu pesanan...
perjalanan ini masih jauh..
masih banyak onak-onak..


...jm...2.43am 18/7/12

Tun Datu Hj. Mustapha Bin Datu Harun Bapa Kemerdekaan Negara Sabah


Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Limau-Limauan, Kudat. Nama asalnya ialah Datu Badiozaman, ditukarkan kerana sering sakit semasa kecil. Tun Datu Haji Mustapha juga mempunyai nama timangan yang dikenali sebagai Jaman. Bapa Tun Mustapha ialah Datu Harun bin Datu Nasaruddin dan ibunya ialah Norani Hj. Abdul Rahim. Beliau merupakan anak keempat dari Sembilan orang adik-beradik yang terdiri daripada enam orang perempuan dan tiga orang lelaki yang masing-masing bernama Dayang Lana, Dayang Hjh. Bidari, Dayang Siti Sarah (Dayang Pindau), Dayang Hjh. Harum, Datu Muhammad, Dayang Tahiran, Datu Hj. Aliuddin dan Dayang Hjh. Hadijah.

Tun berkahwin dengan Toh Puan Rahmah Hj. Zulkanian dan mereka mempunyai Sembilan orang anak, iaitu Datu Abdul Hamid (Allahyarham), Dayang Maimunah, Datu Amir Kahar, Datu Hj. Badaruddin, Datu Kamaruddin, Dayang Hjh. Zulfah, Dayang Aminah, Rasalonah Abdullah, Dayang Marina dan Datu Harun. Pada tahun 1932, Tun Mustapha menerima pendidikan di Sekolah St. James, Kudat. Tetapi ia hanya kekal selama sembilan bulan sahaja kerana ibunya telah meninggal dunia dan juga kerana perpindahan pekerjaan bapanya. Tun Mustapha pernah dipilih untuk mengikuti kursus pertanian RIDA atau Rural Industry Development Authority dari tahun 1951- 1952 di Serdang. Pada tahun 1959, beliau telah ditaja oleh kerajaan British untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris dan Politik di Britain.

Tun Mustapha suka menggesek biola, berjoget, berjenaka dan mendengar muzik irama keroncong. Beliau juga gemar bermain golf dan telah mengasaskan Kinabalu Golf Club di Tanjung Aru dan Kudat Golf Club di Kudat ketika memegang jawatan Ketua Menteri Sabah. Selain itu, Tun Mustapha juga suka memancing, membaca buku dan menyaksikan perlumbaan kuda. Beliau gemar memakan masakan Melayu. London ialah tempat paling gemar dilawatinya. Pada tahun 1928, semasa Tun Mustapha berumur 10 tahun, beliau bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel. Beliau kemudian menjadi “Office Orderly” di Pejabat Daerah Kudat pada tahun 1934. Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri (Native Chief) dan Pemungut Cukai Candu. Pada tahun 1961, Tun Mustapha telah mengasaskan dan menjadi presiden pertama (United Sabah National Organization) USNO ketika konsep gagasan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Pada masa yang sama, beliau juga adalah Ahli Majlis Perundangan (Legislative and the Executive Councils), Ahli Kerajaan Tempatan(Local Government) apabila Sabah diberi hak pemerintahan sendiri (self-government) dan juga Ahli Perundingan Perpaduan Malaysia (Malaysia Solidarity Consultative Committee).

Sepanjang hayatnya, Tun Mustapha diberi banyak anugerah, antaranya K.V.O. dan O.B.E. daripada Kerajaan British ; “Knight Commander of Republic of Lebanon” (K.C.R.L.) oleh Presiden Lebanon pada tahun 1972; Seri Darjah Paduka Chura Si-Maharaja (S.P.C.M.) dengan gelaran “Dato Seri” pada 15 September 1971 sempena hari keputeraan Sultan Perak; Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) pada 29 Mac 1971, dari Raja Perlis; Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada 27 Oktober 1971, dari Sultan Johor; Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) pada 20 Ogos 1971 daripada Tuan Yang TerutamaYang di-Pertua Negeri Sarawak; Seri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) daripada Sultan Pahang, 20 September 1969; Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) dengan gelaran “Datuk Seri Panglima” ; dan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) – anugerah tertinggi di Malaysia dengan gelaran “Tun” pada 26 November 1964. Tun Mustapha juga seorang yang bergiat aktif dalam persatuan. Beliau pernah memegang jawatan Presiden dalam Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA: United Sabah Islamic Association) dan PERKIM (sesi 1977/ 1979). Beliau juga merupakan Ketua Persatuan Pengakap Sabah (Sabah Chief Scout) dan telah menerima pingat “Semangat Padi” pertama di Sabah pada 21 Jun 1974. Selain itu, Tun Mustapha ialah Ahli Royal Commonvealth Society dan ahli seumur hidup Commonvealth Parliamentary Association. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan pada tahun 1972. Beliau juga merupakan Pro-Canselor bagi Universiti Pertanian Malaysia dari November 1973 hingga Februari 1990.

Tun Mustapha telah meninggal dunia pada 2 Januari, 1995. Al-Fatihah.....

Sunday 15 July 2012

Kelebihan Bulan Ramadhan


Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada
tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)

Menjelang Bulan Ramadhan

Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata : “Amin..amin. .amin..”.
Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada beliau : “Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau mengatakan Amin 3 kali, apakah sebabnya?” “Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : “Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, tetapi dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” . Kemudian aku mengaminkannya. “Dan sesiapa yang dapat bersama orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan : Amin” “Dan sesiapa yang namaku disebutkan di hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan “Amin”. (H.R Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188)

Monday 2 July 2012

Setia Kasihku Hingga Akhirku...!

Perkenalan kita hanya seketika cuma
namun hati ini terasa milikmu bertahun lama
semua seakan mimpi indah di malam dingin
tak ingin terjaga ingin terlena terus terlena

Pertemuan cinta ini tiada terduga 
hadir tanpa pintaku tanpa ingin ku jua
sekelip mata semua rasa sayangku
kau ragut menjadi milikmu kini

Andai satu hari diri ini terlepas
dari genggaman sayangmu
jangan di sesal kasih mungkin uji
kasih menghampiri tiap sayangmu ke aku

Kerana tiada janji kasih yang abadi
yang tercipta pada yang bernama insan
yang hanya sementara pada pohon teduh
di dunia cipta dariNya yang Maha Esah

Biar gontai langkah ku ke kamu
tapi teguh kasihku akan ku pegang erat 
dalam jiwa ini hingga aku akan
kembali ke dia yang Maha Kuasa

Setia Kasihku Hingga Akhirku...!
Percayalah kasih.

Junaida June Indah
Malaysia,020712,9.00pm
Karya Sastra

Tak sehaluan

Detik demi detik berlalu
bagai roda-roda yang terus berputar
ada waktu kita bahagia,
ada waktu kita gembira,
ada waktu kita bersedih,
ada waktu kita menangis...
suatu waktu kita pernah mesra
dengan penuh rasa kebahagiaan
kini kau pergi tanpa rasa sedih
tanpa rasa sakit
tanpa rasa putus asa
tanpa rasa menangis
tanpa rasa pilu dihati
mungkin aku tidak menyedari
sembilu yang menikam
walau berat rasa hati untuk melepaskan
tapi itu pinta mu
kerana mungkin...
antara kita semakin jauh
kenangan terindah yang kita bina
berkubur disini..
salam dariku untuk mu.


...jm....02/7/12

Sunday 1 July 2012

Majlis Perkahwinan




Bersama gitar tua...


Bila senja menjelang








Siapa yang menang..


Sedap!...


Pinirubaan diti.

Otopot...ika ino,
kanu...kahampai,
ino kirop nu om mato nu,
simbar oh ginawo ku
polombuson kumaa kabang.
Oho....opian,
nakagagang..
nokosuai wuros nu..
katapi...
sundung id kalandaian,
om kolomomom do bawang
nogi kotorokowon ginawo
nokosiwat ko..
tumabi....tanda ogirot
pomusarahan id noko opih...


....sakagliwan5

Sandad do tomposion..

Minonun...
molout....kirokot..
moguyung tomposion..
dumarutip.....liwotung Purakagis
tulok do tambang..
koilo ko ?..
tomposion nunuk ragang
sunudai pogi..
isai?... yolo kanto..
nokuro!....noko ongoi noh
iss!.... asaru...
sabab tionon,..
wonsoi do minamangun..


...sakagliwan5

Id Kahandaman...

Titt....tit.....tit....!..
isai ilo?
kanduyu kanto...
sirot oku...
panangkus ko...
miagal do tanganak...
ama!...ama!.....kanu..
norongou ku...
wuros...tongosuau...
poinliga....
mulong osodu...
id kahandaman tokou kasari..


..sakagliwan 5...

Siou Datoh

Okon koh mihad ko...
Posonongo....
giroton pomusarahan..
poimpasi...
mogihum laran totulid..
siou!....
intangai.....tawan mamanau..
id kotonobon...
itokou nga ingkaa...

...Sakag Liwan 5...

Orang kurang siuman

Jalannya perlahan
agak teratur...
tanpa alas kaki
dada terbuka luas
seluar separuh jatuh
haa...ha....ha...ha...ha
merenung tajam...
haa...ha...ha...ha...ha...ha
merenung lagi...
berjalan ia sambil mengeleng kepala..
haa...ha...ha...ha...ha...
ada apa ditangannya..
haa...ha...ha...ha...ha..
oii...oii...
kau penipu...
penipu besar...
sambil jari kiri menunjuk sesuatu
haa....ha....ha....ha...ha...
lalalalalalala...la...la...la
sambil mengeleng kepala..
giiila...giilllaaaa...
kau penipu...
penipu besar...
haa...ha...ha...ha...
boss...
sambil menghulur tangan kiri....
aku lapar....
ada duit boss....
nah!....RM2.00
merenung tajam...
terima kasih boss...
lalalalala...la....la....la...
ada plastik hitam ditangannya
selipar jepun warna hijau
diselitkan dipergelangan tangan..
sah...orang kurang siuman

....jm....01/7/12

Menanti kehadirannya.

Menanti kehadirannya
penuh debaran mengoncang
ada tak kisah
ada yang tak sabar-sabar
walhal ia pasti datang jua
mengatur haluan sudah pasti
dulu janji kota dikata
kadang memupuk kehampaan
mengharu birukan...

Menanti kehadirannya
penuh aspirasi setia membela
berbagai janji membela
menabur slogan menyelamat bangsa
setia pada paksi..
keadilan, kemakmuran dicari
kami pencetus aspirasi sejati
jangan sampai banyak celoteh
jangan sampai banyak omong kosong
bisikan laungan disana sini...
INIKALI LAH...LAIN KALI LAH...KALI INILAH
dan LAH..LAH..LAH..LAH
kehadirannya pasti terjawab..


...jm...01/7/12...